Saturday 30 July 2011

Bi0TecHNoLogi


Teknologi biologi merujuk kepada teknologi berasaskan biologi, terutama apabila ia digunakan dalam bidang pertaniansains makanan danperubatanPersidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi:[1]
"Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus."
Sebelum 1970-an, istilah, bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri pemprosesan makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh badan saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi, seperti pengabungan semula DNA atau proses berasaskan penkulturan tisu. Malah istilah ini boleh digunakan dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan keseluruhan kaedah, yang silam atau moden, bagi memanipulasi organik bagi memenuhi kehendak manusia. Dengan itu istilahnya boleh ditakrifkan sebagi, "Penggunaan pengetahuan tempatan dan/atau saintifik bagi pengurusan (sebahagian) mikroorganisma, atau sel dan tisu organisma peringkat tinggi, agar ia membekalkan barangan dan perkhidmatan bagi manusia.[2]
Banyak orang telah bercakap - dan melabur - dalam bidang bioteknologi dengan harapan ubat ajaib dapat dihasilkan. Walaupun kini terdapat sebilangan kecil ubat mujarab, secara umumnya revolusi tidak terjadi dalam bidang farmaseutikal. Akan tetapi, perkembangan terbaru dalam ubat berasaskan antibodi monoklonmengesyorkan bahawa bioteknologi kini telah mempunyai fungsi dalam penjualan farmaseutikal.

NKRA


Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA (NATIONAL KEY RESULT AREAS) merupakan usaha kerajaan Malaysia untuk memenuhi keperluan rakyat selepas PRU12.
NKRA diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2009.[1] Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 3 April 2008. Hala tuju strategik NKRA , perancangan dan pelaksanaan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10. Ia dilancarkan dalam majlis Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran dan penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).[2]
Pengerusi Lembaga Pemandu NKRA ialah Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) NKRA ialah Senator Datuk Seri Idris Jala. Setiap NKRA, seorang menteri dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan.
Semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri giat memperkasakan keupayaan pegawai dan kakitangan untuk memahami konsep, mengenal pasti dan melaksanakan keperluan penyediaan NKRA dan KPI di peringkat masing-masing. Kerajaan terbuka kepada semua maklum balas yang diterima dan bersedia untuk merealisasikan kesemua pelan .[3]
Sekarang lebih ramai menteri menanggalkan jaket dan menyinsing lengan untuk melihat sendiri masalah rakyat agar mereka dapat menyelesaikannya. Rakyat bertembung dengan menteri di rumah-rumah pangsa yang sesak, pasar dan stesen bas, di lebuh raya yang sibuk, sekolah, hospital, malahan di kawasan sering dilanda banjir. Era menteri disediakan permaidani merah dan menerima cendera hati selepas menyampaikan ucapan sudah berlalu. Menteri perlu mendengar denyutan nadi rakyat.Kabinet Najib dibentuk pada 9 April 2009 melibatkan barisan jemaah menteri yang lebih kecil, terdiri daripada 28 menteri dan 25 kementerian, berbanding 32 menteri dan 27 kementerian semasa pentadbiran Abdullah.

Peringkat NKRA
NKRA pada peringkat negara dilaksanakan bermula September 2009. NKRA peringkat kementerian yang dikenali sebagai KRA akan dilaksanakan mulai Januari 2010 NKRA dibahagikan kepada dua fasa melibatkan peringkat negara dan kementerian yang berkuatkuasa pada tempoh berlainan.


6 teras NKRA

Enam bidang tumpuan NKRA ialah :
  1. Mengurangkan jenayah - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri)
  2. Memerangi rasuah - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
  3. Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu - Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)
  4. Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
  5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman - Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
  6. Menambah baik pengangkutan awam bandar - Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan)

Gagasan 1Malaysia

Rencana utama: 1Malaysia
Konsep 1Malaysia menekankan penerapan teras perpaduan dan penerapan nilai-nilai aspirasi termasuk budaya berprestasi tinggi, budaya ketetapan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi.
Ini bukan slogan dan bukan retorik politik. Ia merupakan ramuan yang boleh jadi penawar semua kaum dan etnik. Sebagai satu keluarga, kita akan menjadi negara yang kuat dengan etnik lain, tetapi hati tetap taat dan setia kepada negara.[4]

[sunting]Indeks Prestasi Utama

Indeks Prestasi Utama atau KPI (Key Performence Index) dirangka bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius dapat disemai di kalangan anggota pentadbiran dan perkhidmatan awam negeri.[5]
Perdana Menteri membuat penilaiannya ke atas 28 menteri dan 40 timbalan menteri menjelang November 2009.[6] Najib memperkenalkan KPI pada 9 April 2009. Melalui KPI, Najib akan menilai prestasi anggota pasukannya -- menteri dan timbalan menteri -- dalam mencapai matlamat pentadbirannya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
KPI tidak setakat slogan retorik di kalangan mereka dalam lengkongan kerajaan. Ia kini merupakan pendekatan sistematik bagi mengukur prestasi, memfokus bukan saja kepada aspek kuantitif dan kualitatif tetapi juga kepuasan rakyat sebagai ukuran kemuncak. Rakyat akan mengundi -- bukan menerusi SMS seperti dalam program realiti TV tetapi menerusi peti undi -- tentang prestasi kerajaan bila tiba PRU13 nanti. Talian hayat yang mereka ada ialah rakyat.

[sunting]Pelan Transformasi Kerajaan

Pada 17-19 disember 2009, pameran terbuka Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dipamerkan selama dua hari di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid,Petaling Jaya,Selangor. Orang ramai berpeluang menilai pencapaian kerajaan melalui lapan makmal GTP dan NKRA. Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Idris Jala, Muhammad Shaahidullah Shayaa menyatakan bahawa respon daripada orang ramai diperlukan.[7]
Lebih 7,000 aktiviti di seluruh negara bersama lebih 2,000 projek dan 100 program dipamerkan.[8] Lebih 1,000 komen bertulis mengenai inisiatif NKRA itu, dan 70 % pengunjung bersetuju dengan cadangan dalam keenam-enam NKRA.[9]

[sunting]Kadar Jenayah

Isu jenayah melibatkan pejabat Peguam Negaramahkamahpenjara dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.[10]
Kementerian Dalam Negeri sedang berusaha mengurangkan jenayah jalanan.3,000 anggota dari Pasukan Gerakan Am, pasukan para militari Polis Diraja Malaysia, 1,720 dari Rela dan 485 dari Jabatan Pertahanan Awam akan ditempatkan di lokasi panas. Polis tambahan dalam syarikat berkaitan kerajaan akan dipinjamkan untuk rondaan jalanan "di kawasan-kawasan panas". Bilangan Polis Simpanan Sukarelawan akan ditambah menerusi latihan sambil kerja. Latihan kadet Tingkatan 4 dan 5 Jabatan Pertahanan Awam akan terus diserapkan selepas tamat sekolah. Semangat kesukarelawan di kalangan rakyat Malaysia dapat membantu mengurangkan jenayah kerana ia "bukan tugas polis sahaja".[11] Terdapat 157 kawasan panas di seluruh negara yang membabitkan Kuala LumpurSelangorJohor dan Pulau Pinang.[12]


Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi alamat emelnya (musa@rmp.gov.my) untuk hubungan langsung. Rakyat boleh bekerja sama dengan polis bagi menangani jenayah secara lebih berkesan. "Big League Tables" membolehkan rakyat menentukan kedudukan setiap balai sama ada mencapai sasaran atau tidak.Pegawai Kementerian Dalam Negeri, Badan Bukan Kerajaan (NGO), badan antarabangsa dan juga orang ramai akan dilantik untuk memastikan polis mencapai standard antarabangsa dan tanda aras yang ditetapkan.
Indeks jenayah kekerasan disasarkan turun sebanyak lima %. 20 % jenayah jalanan diturunkan. Program komuniti polis ditingkatkan 5 %.[13] Jenayah jalanan di 50 "kawasan panas" di seluruh negara akan diatasi. 50 kawasan panas jenayah jalanan dikenal pasti terutama sekitar Balai Polis Tun HS Lee di Kuala LumpurBalai Polis Sentral JohorBalai Polis TampoiJohorBalai Polis Cheras dan Balai Polis Klang.[14]
Masalah pekerja asing tanpa izin dan pelajar asing yang menyalahgunakan pas pelajar turut ditekankan. Pelawat menyalahgunakan program visa sebaik ketibaan, yang bermatlamat untuk menarik lebih ramai pelancong asing. Pelajar asing yang ditaja oleh kerajaan masing-masing untuk melanjutkan pengajian di Malaysia tidak menimbulkan masalah. Pelajar asing ditangkap kerana menjual dadah , menipu orang ramai dan memalsukan mata wang.Masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk majikan. Sabah menjadi destinasi kegemaran ramai pelancong dalam dan luar negara.
Pada 13 disember 2009, 172 anggota Rela dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang tamat menjalani latihan tujuh minggu sebagai anggota polis sukarela ditempatkan di kawasan panas di Lmbah Klang. 490 anggota JPAM dan Rela telah dilatih sebagai anggota polis sukarela di Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia (ALPHA), Bangi. Namun mereka tidak dibekalkan dengan senjata api, hanya 't-baton' sahaja.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan sasaran KPI telah disiapkan. Antaranya ialah permohonan tertunggak untuk mendapatkan kewarganegaraan, permit masuk dan sijil kelahiran yang lewat didaftar. Permohonan tertunggak untuk kewarganegaraan adalah 32,927, permit masuk (16,812) dan sijil kelahiran yang didaftarkan lewat ialah 93,360 permohonan.
Pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri

[sunting]Rasuah

Ketua Makmal Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memerangi rasuah ialah Datuk Hisham Nordin.[15]
Akta Pendedah Salah Laku akan digubal untuk memerangi rasuah.Menerusinya pemberi maklumat 'kebal' daripada dikenakan tindakan sivil atau jenayah akibat pendedahan yang dilakukan.
14 buah lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah akan ditubuhkan. Kini hanya ada dua buah mahkamah khas tersebut di Kuala Lumpur dan dua lagi di Shah Alam.
Imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditingkatkan melalui pelbagai cara. Antaranya ialah persidangan memerangi rasuah peringkat antarabangsa, kempen kesedaran melalui media massa dan menjalin hubungan baik dengan masyarakat.
Indeks Persepsi Rasuah antarabangsa akan diperbaiki.[16] Transparency International Malaysia (TI-M) boleh bekerjasama dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) bagi menghapuskan rasuah. SPRM hendaklah diletakkan pada landasan sebagai sebuah badan bebas tetapi juga mematuhi prinsip dan prosedur Konvensyen mengenai Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCAC).[17]

[sunting]Luar bandar

Sasaran utama ialah pembinaan jalan raya luar bandar, penyediaan bekalan elektrik, bekalan air serta perumahan rakyat luar bandar di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.[18]
50,000 buah rumah perumahan rakyat termiskin (PPRT) akan siap pada 2012. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. menyatakan bahawa M12 bilion disediakan bagi perumahan, jalan raya, bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar. Rumah PPRT bernilai RM33,000 bagi setiap unit di Semenanjung Malaysia dan RM44,000 di Sabah dan Sarawak, akan diberikan secara percuma tanpa ada sewa atau bayaran apa-apa. Tanah yang sesuai dikenal pasti untuk membina rumah PPRT.
1,500 kilometer jalan raya di Sabah dan Sarawak akan dibina. Selama ini penduduk Sabah dan Sarawak amat bergantung kepada bot untuk membawa hasil pengeluaran atau menghantar anak ke sekolah. Penurapan jalan yang terletak lima kilometer daripada jalan bertar di Semenanjung Malaysia dijangka siap pada 2012.
Set generator atau kuasa solar akan disediakan di kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak untuk bekalan elektrik.[19]

[sunting]Pengangkutan awam

NKRA mensasarkan 600,000 orang akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang menjelang akhir 2012. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keatmenyatakan bahawa 240,000 dari jumlah populasi Lembah Klang ( 10 -12 %) mengunakan pengangkutan awam . Kerajaan berharap 2.5 % (atau 600,000) penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutsn awam.
Usaha ke arah itu termasuklah :
  1. Meningkatkan kapasiti pengangkutan awam
  2. Merangsang permintaan menerusi "pendekatan tarikan"
  3. Mengurangkan kesesakan kenderaan berat di kawasan pusat pernigaan (CBD)
  4. Menstruktur semula peraturan untuk kelangsungan yang berpanjangan
  5. Mengadakan pengurusan permintaan masa depan melalui "pendekatan tolakan.
  • Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan diwujudkan pada 2010. Ia sebagai kapten industri tunggal untuk menyelaras usaha kepada keseluruhan sistem pengangkutan awam. Kelemahan wujud kerana 12 kementerian terlibat dalam hala tuju pengangkutan awam.
Pengangkutan awam Lembah Klang kini telah tepu terutama bagi perkhidmatan rel (KTM Komuter, RapidKL, LRT dan Monorel. 360,000 pengguna kenderaan persendirian hendaklah beralih kepada pengangkutan awam. Bancian melaporkan bahawa 58 % atau 207,000 orang ini akan menggunakan perkhidmatan rel .42 % atau 153,000 orang akan menggunakan bas. Komuter KTM menyumbang 95,000 penumpang. Laluan LRT Kelana Jaya seramai 62,000. Laluan LRT Ampang LRT seramai 33,000 penumpang.
  • Masa menunggu selama 3 minit di stesen komuter akan dikurangkan kepada 2.5 minit sahaja. KTM Berhad telah membeli lima set tren elektrik (ETS) untuk perkhidmatan antaraIpoh-KL-Seremban menjelang April 2010.
  • Perkhidmatan Bas Transit Lebuhraya (BET) di empat koridor di Lembah Klang dilancarkan pada 2010.Laluan khas untuk bas yang meliputi 12 koridor utama di Lembah Klang diperkenalkan.
  • Bas RapidKL akan ditingkatkan kepada 850 buah bas. 52 laluan baru diperkenalkan bagi memudahkan orang ramai ke Lembah Klang.
  • Sistem tiket bersepadu dan struktur tambang di bawah konsep "1Ticket, 1Seamless Journey" meliputi kesemua 16 operator di Lembah Klang.
  • 6,800 tempat baru meletak kenderaan di 14 stesen rel di luar kawasan bandar raya akan ditambah. Perkhidmatan feeder ke stesen rel diperbaiki serta meningkatkan stesen dan terminal bas yang sesak.
  • Terminal bas di Bandar Tasik Selatan (selatan), Gombak (timur) and Sungai Buloh (utara) akan diwujudkan. Terminal di Bandar Tasik Selatan sedang dibina. Terminal Gombak siap 2010. Terminal Sungai Buloh akan menampung bas ekspres ke utara selepas 2012. 750 bas dari selatan dan pantai timur Semenanjung akan dialihkan dari pusat bandar.
  • Hab terminal antara bandar raya di Pasarama Kota, Plaza Rakyat dan Pudu untuk menampung laluan trafik dari pinggir ke dalam bandar raya. 14 Hentian Akhir Bandar turut disediakan.[20]

[sunting]Kemiskinan tegar

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mengumumkan duit Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diberi pada setiap 1 hari bulan bermula pada Januari 2010. Terdapat 117,545 penerima yang dibayar setiap bulan oleh JKM. Ia diperluaskan ke Sabah dan Sarawak menerusi sistem e-Kasih dan Projek Cari.[21]

[sunting]Program Perumahan

Program Bantuan Rumah (PBR) dilancarkan oleh kerajaan Persekutuan Malaysia agar rakyat marhain mendapat rumah mampu milik bagi membasmi kemiskinan.
Anggota Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyatakan bahawa skim perumahan di rumah panjang Sabah dan Sarawak perlu diubahsuai. Golongan miskin penghuni rumah panjang boleh memohon pinjaman RM10,000 untuk membaiki kediaman mereka. Kota Marudu terdapat 1,495 penduduk miskin tegar yang layak mendapatkan bantuan Program E-Kasih tetapi pada setiap tahun, peruntukan sedia ada hanya dapat membaiki kira-kira 60 buah rumah di setiap kawasan parlimen. Contohnya rumah panjang Marimbau Darat dan Rita di Matunggong. 70 % rumah panjang dari 30 rumah panjang di Matunggong didapati sangat usang , tidak selamat diduduki dan perlu pembaikan besar. Rumah panjang ini dibina semasa kerajaan Berjaya. Bantuan dalam bentuk atap zink dan dinding papan lapis masih tidak cukup.[22]
Geran pembaikan antara RM10,000 dan RM15,000 boleh diberi kepada setiap rumah. Kos antara RM40,000 hingga RM50,000 bagi setiap unit perlu disediakan bagi membina rumah baru PBR.
Cadangan pembaikan:
  1. Bantuan membaiki rumah bagi kediaman yang masih boleh didiami
  2. Model PBR bagi rumah percuma golongan miskin yang disediakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
  3. Pinjaman tanpa faedah bagi jenis rumah .

[sunting]Makmal bumiputera

Pada 21 Januari 2010, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) Senator Datuk Seri Idris Jalamenyatakan bahawa makmal bumiputera akan ditubuhkan. Ia melibatkan bumiputera di Sabah dan Sarawak.Sabah dan Sarawak akan mempunyai model pembangunan tersendiri dengan penubuhan sebuah makmal khusus untuk membuat pengubahsuaian dan dilaksanakan dengan berkesan.[23]
Ia mendapat kerjasama penuh daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa AmanKetua Menteri Sarawak juga memberi dokongan penuh.

NKRA Pendidikan

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa sub NKRA terbahagi kepada 4 iaitu :
  1. Memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah
  2. Meningkatkan kadar literasi dan numerasi (LINUS).
  3. Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi
  4. Insentif berbentuk kewangan dan bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah.[24]
Kanak-kanak seawal umur empat tahun dalam sistem prasekolah diharapkan dapat membina keyakinan anak-anak dan membentuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Standard antarabangsa menetapkan tempoh 12 tahun bagi setiap murid. 315 buah kelas prasekolah disediakan dengan bilangan guru prasekolah seramai 7,511 orang pada 2010. Semua prasekolah, kerajaan mahupun swasta akan menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Kelas Prasekolah akan dibina di rumah-rumah panjang di Sarawak. Bangunan khusus akan dibina atau dibina dalam rumah panjang. Banyak rumah panjang di Sarawak kini menggunakan batu-bata dan simen, tidak lagi menggunakan kayu. Contohnya rumah panjang di Batang AiKetua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud berharap penghuni rumah panjang akan menyokong program pembangunan yang disediakan oleh kerajaan.[25]
LINUS ditumpukan kepada murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran 3M. Kadar literasi murid sekolah rendah adalah 87 %. 2010 disasarkan 90 %. Guru-guru terbaik akan mengajar Tahun 1. Guru Pemulihan ditambah kepada nisbah 1:15 murid. 20 % murid menyertai kelas prasekolah pada akhir 2012 . Semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. Semua sekolah dipastikan mendapat bekalan elektrik 24 jam. Prasekolah berpusat terutama di kawasan pedalaman akan diperkenalkan.[26]
20 buah sekolah disasarkan untuk menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2010. Tahun 2012 dijangka 100 buah sekolah.69 buah Sekolah Menengah Teknik distruktur semula untuk dijadikan Sekolah Menengah Vokasional.Sekolah aliran vokasional dan kemahiran menjadi satu daripada bidang aliran perdana dalam sistem pendidikan.[27]
'New Deal' atau Bai'ah Baru diperkenalkan kepada pemimpin sekolah dengan hasrat untuk meningkatkan profesionalisme pengurusan dan kecemerlangan sekolah.
UNESCO dalam Laporan Pemantauan Global Pendidikan Untuk Semua 2009 meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-45 daripada 129 negara. Malaysia di kalangan 56 negara yang berada di kedudukan aras tinggi pada Indeks Pembangunan Untuk Semua.

Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu programsosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato’ Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:
  • mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
  • mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional(DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.[1]

Latar belakang

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3Teks kod rumpun utama iaitu bangsa Melayu,Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayumemandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.
Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948–1960.
Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep “Malaysia untuk orang Malaysia” yang yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.
Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip utama iaitu:
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-Undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan
Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Majlis Perundingan Negara juga telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk melaksanakan aktiviti berbentuk muhibbah Majlis Muhibah dan Pejabat Muhibah di peringkat pusat, negeri, daerah dan kawasan telah ditubuhkan di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis-Majlis Muhibah) 1969 yang telah diwartakan pada 18 Julai 1969.

Dasar Pecah dan Perintah

Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat dasar pecah dan perintah (devide and rule) oleh penjajah Inggeris. Terdapat dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini:
1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan.
2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.
Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai matlamat integrasi nasional
1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur.
2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar).
3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
Kesan Dasar Pecah dan Perintah
1. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional.
2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan.
3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.
Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza, maka tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini British telah melairkan perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum.

Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-
  • penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
  • pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;
Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.
Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:
  • Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;
  • Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
  • Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain;
  • Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.
Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.