Thursday 24 November 2011

AUKU


Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya.[1] Akta ini dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995.

[sunting]Mengongkong pelajar

Menurut Abdullah Haji Abdul Karim, Pengarah, Jabatan Pembangunan Mahasiswa Dewan Pemuda PAS Pusat dalam kenyataan rasmi dalam laman Harakah Daily berkata meskipun di dalam mukadimah AUKU 1971 jelas memperuntukkan bahawa AUKU adalah bertujuan untuk to provide for the establishment, maintenance and administration of University and University Colleges and for other matters connected therewith, tetapi kita melihat bahawa banyak peruntukan di dalamnya, terutamanya seksyen-seksyen baru yang dimasukkan selepas pindaan pada tahun 1975 yang dibentangkan oleh Menteri Pelajaran waktu itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Akta Pindaan A295, seperti Seksyen 15A, 15B, 15C, 15D, 16A, 16B, 16C dan lain-lain yang jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang. Matlamat utama[2]terhadap pindaan yang dibawa dalam tahun 1975 tersebut yang kekal sehingga kini ialah menghalang:
  • penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja, dan
  • penggabungan di antara badan-badan pelajar.
Antara beberapa peruntukan di dalam AUKU dan juga Kaedah-Kaedah Tatertib Pelajar (merupakan undang-undang kecil yang mengandungi semua peruntukan berkaitan dengan tataertib pelajar-pelajar dan dikuatkuasakan secara seragam di semua IPTA) dimana kaedah ini digubal oleh Lembaga Pengarah Universiti melalui perwakilan kuasa (delegated power) yang diberikan oleh Seksyen 16C (2 / 1) AUKU 1971, yang berlawanan dengan hak asasi manusia serta bersifat menindas dan perlu dipinda atau dimansuhkan segera ialah:
  • Di dalam Kaedah-Kaedah Tatatertib Pelajar yang digunapakai di kesemua IPTA di negara ini dan juga praktis yang menjadi amalan kebanyakan IPTA, bidangkuasa berkenaan dengan hal-ehwal tatatertib pelajar adalah diwakilkan oleh oleh Naib Canselor/Rektor sesebuah universiti kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang kemudiannya akan membentuk Jawatankuasa Tatatertib Universiti/Pihak Berkuasa Tatatertib Universiti. Merujuk kepada AUKU sendiri dan juga Kaedah-Kaedah Tatatertib Universiti, kuasa Jawatankuasa Tatatertib ini adalah amat luas dengan meliputi kuasa
    • menyiasat,
    • menjalankan pendakwaan,
    • mendengar kes tatatertib dan menghakimi kes tersebut dan
    • membuat keputusan serta menjatuhkan hukuman sekiranya pelajar yang dipertuduh itu didapati bersalah.
Beliau menekankan bahawa perkara ini amatlah bertentangan dengan rules against bias yang menjadi tonggak utama kepada prinsip keadilan semula jadi (natural justice) yang menjadi dasar utama kepada mana-mana badan pengadilan termasuklah mahkamah atau pun mana-mana tribunal. Tidak ada jaminan pelajar yang dipertuduh oleh Jawatankuasa Tatatertib tersebut akan mendapat perbicaraan yang adil oleh kerana komposisi Jawatankuasa Tatatertib adalah terdiri dari orang yang sama yang menjalankan segala kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang. Peruntukan ini juga bertentangan dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak sama rata di sisi undang-undang dan hak sama rata untuk mendapat perlindungan undang-undang.
  • Tidak terdapat pun sebarang peruntukan samada di dalam AUKU mahupun di dalam Kaedah Tatatertib Pelajar yang memberikan hak kepada pelajar yang didakwa di hadapan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar untuk mendapatkan khidmat seorang Peguambela dan Peguamcara bagi mewakilinya di dalam perbicaraan tersebut. Sedangkan bagi kakitangan universiti termasuk pensyarah yang turut di dakwa atas suatu pertuduhan tatatertib, mereka dibenarkan untuk diwakili oleh seorang peguam berdasarkan peruntukan di dalamStatutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000. Diskriminasi ini adalah bertentangan dengan Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan manakala penafian hak untuk diwakili oleh seorang peguam (right to counsel) adalah melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. AUKU sepatutnya dipinda bagi memasukkan peruntukkan yang membenarkan seseorang pelajar diwakili oleh peguam pilihannya sendiri jika dia dibicarakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Universiti.
  • Seksyen 15D pula menjadi ancaman utama kepada pelajar, terutamanya kepada pelajar yang sedang dipertuduh di bawah sebarang kesalahan jenayah diluar, di mana pelajar terbabit hendaklah digantung pengajian hinggalah kesnya selesai. Peruntukan ini jelas berlawanan dengan prinsip ‘a man is innocent until proven guilty’ kerana pelajar terbabit telahpun ‘dihukum’ sedangkan kesalahannya belum dibuktikan lagi. Jika didapati bersalah pelajar terbabit secara automatik akan dipecat dan sekiranya didapati tidak bersalah, akan diterima kembali untuk menyambung pengajian. Tetapi kita semua maklum bahawa sesuatu kes di mahkamah akan memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan. JPMDPP berpendirian peruntukan Seksyen 15D ini sepatutnya dimansuhkan serta merta.
  • Berdasarkan kepada Kaedah Tatertib Pelajar-Pelajar, mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan boleh dikenakan mana-mana satu atau gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai yang berikut, iaitu:
    • amaran;
    • denda;
    • dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu Universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
    • digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
    • dipecat dari universiti.
Apa yang menjadi masalah, peruntukan ini adalah umum dan ia tidak menentukan urutan hukuman yang mesti diikuti. Bentuk hukuman yang hendak dijatuhkan adalah berdasarkan kepada budibicara Jawatankuasa Tatatertib tanpa dipandu oleh apa-apa peraturan tertentu. Oleh sebab itu soal kesetimpalan (proportionality) juga boleh dipertikaikan di mana dalam beberapa kes, terdapat pelajar yang terus dikenakan hukuman dipecat dari universiti meskipun didapati bersalah melakukan kesalahan kali pertama dan kesalahan tersebut bukanlah kesalahan yang besar seperti jenayah rompak ataupun rogol.

Wednesday 23 November 2011

Debat IKIM 2010

Singkatan digunakan

C untuk pencadang
P untuk pembangkang

Saringan

1. Budaya kerja kompetitif menjejaskan kesihatan mental (UM - C mlwn UTeM - P pada 8 Feb 2010, 9.30 pg)
2. Liberalisasi pasaran meredakan kemelut ekonomi negara (tiada)
3. Negara rugi jika wanita tinggalkan pasaran kerja demi keluarga (tiada)
4. Pekerja asing ancaman kepada kesejahteraan negara (UTeM - C mlwn USM - P pada 8 Feb 2010, 3.30 ptg)
5. Tenaga alternatif penyelesai terbaik krisis tenaga (tiada)
6. Sains Barat Moden bertentangan dengan Islam (UTeM - C mlwn UTM - P pada 9 Feb 2010, 10.45 pg)

Suku Akhir

1. Sistem kewangan Islam hari ini ciplakan sistem kewangan konvensional
2. Teknologi moden merosakkan kemanusiaan

Separuh akhir

1. Perbezaan pendapat melambangkan kedinamikan Islam
2. Masalah akhlak : Bukti kegagalan pendidikan Islam

Akhir

Tempat ke-3 dan 4

Akta Kesematan Dalam Negeri (ISA) : Hapus Bukan Pinda

Johan dan Naib Johan

Daya cipta dipupuk bukan semulajadi

Debat DINISLAM 2009

USUL DEBAT INTEGRASI ISLAM (DINISLAM) 2009

Saringan
1. Rasuah di Malaysia : Kita Sudah Berjaya
2. Obama Harapan Baru Dunia Islam
3. Jawapan Terbaik Adalah Dinar Emas
4. Subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral : Remaja Tidak Peduli
5. Penerapan Modal Insan : Tunjang Kemajuan Ummah

Separuh Akhir 1 & 2
6. Krisis Palestin : Kita Masih Tidak Bersatu
7. Kuasa Veto Mengancam Keamanan Dunia

Akhir
8. Boikot Produk AS dan Israel: Kita Tidak Sepakat

Debat Perdana Integriti 2009

1. Harga Barang Tanggungjawab Peniaga
2. Wawasan 2020 Mudah Dicapai
3. Penyeludupan Barang Menjejaskan Ekonomi Negara
4. Kebanjiran Pendatang Tanpa Izin Menjejaskan Peluang Rakyat Malaysia
5. Globalisasi Punca Peningkatan Masalah Integriti
6. Isu Rasuah : NGO Lepas Tangan
7. Mengatasi Jenayah Kolar Putih : Kita Perlu Bersatu
8. PIN : Kita Masih Jelas
9. Rasuah di Malaysia Tidak Membimbangkan
10. Pelan Integriti Nasional Teras Kemajuan Negara
11. Ahli Politik Telus Dalam Menangani Isu Rasuah
12. Sektor Swasta : Integriti Mengatasi Keuntungan
13. Integriti Adalah Penyelesaian Kepada Krisis Ekonomi
14. Perkhidmatan Awam di Malaysia Cekap
15. Politik Wang : Ditelan Mati Emak, Diluah Mati Bapa
16. Sistem Pendidikan Punca Pengangguran
17. Kurikulum Pengajian Tinggi Berjaya Melahirkan Modal Insan Berintegriti
18. Integriti Media Teras Keharmonian Kaum
19. Youtube Menjejaskan Integriti
20. Undang-undang Mekanisme Terbaik Memerangi Rasuah
21. Pendidikan Integriti Lebih Berkesan Di Sekolah
22. Malaysia Memerlukan Modal Indeks Rasuah Sendiri
23. Blogging Membentuk Budaya Tidak Berintegriti
24. Siaran Langsung Penuh Sidang Parlimen Perlu
25. TEKAD 2008 Hanya Tinggal Kenangan
26. Warga Tua di Malaysia Terabai
27. Pengurusan Tatatertib Yang Lemah Mengakibatkan Kemerosotan Integriti
28. Piagam Pelanggan Adalah Realiti
29. ISO Menjamin Kualiti Perkhidmatan
30. Etika Perniagaan Bermula Dengan Pengguna Yang Bijak
31. Pengamalan Etika Perniagaan di Malaysia Masih Pada Takuk Lama
32. Remaja Berintegriti, Negara Maju
33. Usaha Memerangi Rasuah di Malaysia : Cakap Serupa Bikin
34. Sistem Pendidikan Negara Menyemai Perpaduan Kaum
35. Program Penerapan Modal Insan Telah Berjaya
36. Peguam Di Malaysia Amalkan Integriti
37. Sistem Penghakiman Kita Telus
38. Pencegahan Rasuah Terletak Di Tangan Masyarakat

Debat Terbuka Arau 2009

1. Satu Malaysia pemangkin pembentukan negara bangsa
2. Akta Perlindungan Maklumat Peribadi wajar digubal
3. Bank Dunia penyelamat negara dunia ketiga
4. Bola sepak tidak layak menjadi sukan teras negara
5. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
6. Demi ekonomi, kerajaan campuran wajar dibentuk
7. Demokrasi nyawa keamanan dunia
8. Earth Hour hanya gimik
9. Fenomena lompat parti perlu dihalang
10. Guru perlu dibenarkan berpolitik
11. Hak asasi penyelesaian ketidakadilan
12. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
13. Imuniti Raja-Raja perlu dikembalikan
14. Industri automotif negara sudah menjadi liabiliti
15. Jaringan sosial di Internet: Penjajahan bentuk baru
16. Kawalan harga barang hanya menguntungkan pengguna
17. Kementerian Perpaduan perlu diwujudkan semula
18. Kereta hibrid mampu mengurangkan pencemaran
19. Kesatuan Eropah wajar menerima Turki
20. Keselamatan awam lebih penting daripada hak asasi
21. Kontrak sosial wajar ditamatkan
22. KPI menjamin kualiti perkhidmatan awam
23. Krisis ekonomi: Sektor pertanian perisainya
24. Liberalisasi kewangan menjejaskan Bumiputera
25. Macam timun dengan durian: menggelek luka, kena gelek pun luka
26. Negara dunia ketiga perlu teknologi nuklear
27. Nisbah lagu tempatan dan antarabangsa di radio wajar
28. Nyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya
29. Pakej rangsangan ekonomi Malaysia ala kadar
30. Pasaran bebas berat sebelah
31. PBB perlu lebih peka
32. Pelan pemulihan ekonomi Amerika menguntungkan
33. Pemansuhan MECD merencatkan pertumbuhan IKS
34. Pembangunan modal insan : Indah khabar dari rupa
35. Pemotongan gaji lebih berkesan daripada pemberhentian pekerja
36. Pencemaran alam sekitar salah industri
37. Pengurusan ekonomi Asia setanding Eropah
38. Rakan Muda : Seperti melepaskan batuk di tangga
39. Sekolah jenis kebangsaan masih relevan
40. Sektor korporat wajar menaja konsert artis tempatan
41. Singapura: Gunting dalam lipatan
42. Suruhanjaya Perlantikan Hakim memulihkan keyakinan rakyat
43. Tahun persekolahan di Malaysia wajar dikurangkan
44. Tapak Warisan Dunia di Malaysia harus ditambah
45. Teknologi hijau senjata terbaik
46. Tentera pengaman ASEAN diperlukan di Myanmar
47. Transformasi negara bangsa buntu
48. Universiti Apex: Satu sudah mencukupi
49. Unsur tahyul dalam filem tempatan membimbangkan
50. Wawasan 2020 semakin dilupakan

Debat Perpaduan & Integrasi Nasional 2009

1. Memartabatkan Bahasa Malaysia : PPSMI Wajar Dihapuskan
2. Demi Kestabilan Negara, ISA Perlu Dipertahankan
3. Perpaduan Kaum: Teras Gagasan 1 Malaysia
4. Blog Menjejaskan Keharmonian Kaum
5. 52 Tahun Merdeka: Penggunaan Bahasa Malaysia Terus Diperkasakan
6. Kekerapan Pilihanraya Kecil: Agenda Politik Semata
7. Perlembagaan Kita Sudah Tidak Lagi Dijunjung
8. Perpaduan Kaum Bukan Sekadar Retorik
9. Mahasiswa Penggerak Utama 1 Malaysia
10. Integrasi Nasional Asas Pembangunan Negara
11. Rukun Negara Hanya Hafalan, Bukan Amalan
12. Isu Perpaduan : Wawasan 1 Malaysia Adalah Jawapannya
13. Rakyat Perlu Lebih Peka Dalam Menangani Isu Perpaduan
14. Undang-undang Kita Mampu Menangani Masalah Perpaduan Nasional
15. Masalah Perpaduan Negara: Ahli Politik Puncanya
16. Senario Politik Semasa Menggugat Semangat Perpaduan
17. Perpaduan Menjamin Kemajuan Negara
18. Ancaman Subversif : ISA Penawarnya
19. Demi Perpaduan : Sekolah Jenis Kebangsaan Wajar Dihapuskan
20. Latihan Khidmat Negara : Strategi Berkesan Memupuk Semangat Patriotisme
21. Media Lebih Mementingkan Keuntungan Daripada Kestabilan Negara
22. Demi Keharmonian Negara, Kewujudan Media Alternatif Wajar Disekat
23. Isu Perpaduan Kaum Perlu Ditangani Secara Terbuka
24. Pengukuhan Penggunaan Bahasa Inggeris Tidak Menggugat Jatidiri Rakyat Malaysia
25. Ketidakseimbangan Etnik Dalam Sektor Swasta: Salah Mereka
26. Perpaduan Kaum Semakin Meningkat Selepas 52 Tahun Negara Merdeka
27. Kestabilan Ekonomi Lebih Penting Daripada Kestabilan Politik Untuk Mencapai Perpaduan Nasional
28. Perpaduan Negara : Ancaman Dari Luar Negara Lebih Merbahaya
29. Pembahagian Kekayaan Negara : Tiada Kaum Yang Terpinggir
30. Demontrasi Jalanan Menggugat Kestabilan Negara
31. Kepelbagaian Rakyat Malaysia Aset Negara
32. Institusi Keluarga Gagal Menyemai Semangat Perpaduan
33. Malaysia Adalah Model Terbaik Dalam Menguruskan Hubungan Kaum
34. Globalisasi Menggugat Jati Diri Generasi Muda

Debat Kepenggunaan 2009

1. AKTA OKU menjamin kualiti hidup OKU.
2. Sistem Pengangkutan Awam di Malaysia tidak mesra OKU.
3. NGO efektif mendidik pengguna.
4. Krisis ekonomi mengancam keselamatan produk.
5. Kelemahan perancangan bandar punca kesesakan lalulintas.
6. Pengguna di Malaysia sedar.
7. Iklan meningkatkan penggunaan tidak lestari.
8. FSC memastikan khazanah hijau kekal.
9. Kepentingan ekonomi di hadapan: Tanggungjawab sosial di belakang.
10. Bahan api bio penyebab krisis makanan dunia.
11. Pengeluar makanan di Malaysia tidak mementingkan keselamatan produk.
12. Iklan mendidik pengguna.
13. Petani di Malaysia tidak mendapat harga yang patut.
14. Iklan makanan ringan sekadar gimik.
15. Langkah pengurangan gas rumah hijau di Malaysia tidak berkesan.
16. Mitigasi pemanasan global di Malaysia tidak berjaya.
17. Pengurusan 3R di Malaysia: cakap tak serupa bikin.
18. Sikap tidak lestari punca kekurangan air bersih.
19. Botol susu plastik wajar diharamkan.
20. Pembangunan lereng menyebabkan tanah runtuh.
21. Sisa eletrik dan eletronik: Penguatkuasaan undang-undang jawapannya.
22. Pensijilan MSC mampu memastikan sumber makanan laut berterusan.
23. Ibubapa punca anak-anak menjadi pengguna yang tidak bijak.
24. Pengguna Malaysia: Kerbau dicucuk hidung.
25. Virus H1N1 keranamu pengguna.
26. Pengguna Malaysia perlukan perubahan gaya hidup.

Debat Diraja 2009

POLITIK
1. Pilihanraya Kecil Perlu Dimansuhkan.
2. UMNO Perlu Rakan Kongsi Baru.
3. Kerajaan perpaduan perlu diteruskan.
4. Pakatan Rakyat tidak lagi relevan
5. Isu Bai’ah: Sandiwara Politik.
6. Pindaan Perlembagaan UMNO Adalah Penawar.
7. Gaji Wakil Rakyat Wajar Dinaikkan.
8. Krisis MCA: Cerita Lama Pelakon Baru.
9. ISA Melindungi Keselamatan Rakyat Malaysia.
10. Ancaman Pengganas Hanya Propaganda Kuasa Besar Dunia.
11. Korea Utara Perlu Diberi Peluang.
12. Ahmadinejad Hang Jebat Dunia Islam
13. Obama mengecewakan misi keamanan dunia.
14. Tarian Pendet Hanya Alasan.
15. Palestin Perlu Beralah.
16. 1 Malaysia Simbol Politik.
17. Penjanjian Nuklear As-Iran Berat Sebelah.
18. Keselamatan Laluan Perdagangan: Kita Tidak Bersatu.
19. Wilayah Autonomi Penawar Krisis.
20. Hadiah Nobel Keamanan Dipolitikkan.

EKONOMI
1. Pengeluaran KWSP Untuk Menunaikan Haji Wajar.
2. Wakaf Alternatif Ekonomi Sejagat.
3. F1 1Malaysia satu pembaziran
4. Bajet 2010 membebankan rakyat
5. OIC perlu matawang sendiri
6. Pasar Raya Besar Lubuk Emas IKS.
7. Asean Perlu Menjadi Blok Ekonomi.
8. Liberalisasi ekonomi tidak liberal.
9. Sudah Tiba Masanya Sistem Bretton Wood Diganti.
10. FAO Perlu Transformasi.
11. Bioteknologi Menjana Ekonomi Negara.
12. Pembangunan Ekonomi Meruntuhkan Moral Masyarakat.

SOSIAL
1. Bola Sepak Malaysia: Hampas Bukan Teras.
2. Pembangunan Sukan Di Malaysia Tidak Mencukupi.
3. Masyarakat Malaysia Tidak Minat Sukan.
4. Malaysia Di Sukan Olimpik: Ibarat Pungguk Rindukan Bulan.
5. Atlet Malaysia Tidak Sedar Diuntung.
6. Mansuh PPSMI Bukan Jawapan Terbaik.
7. Pendidikan kita ketinggalan
8. Pertandingan Ratu Cantik satu Penghinaan
9. Universiti APEX Tidak Cukup Satu.
10. Biofuel: Iklim Nombor Satu, Makanan Nombor Dua.
11. Pendidikan Alam Sekitar Wajar Diajar Di Sekolah.
12. Drama Berunsur Tahyul Perlu Diharamkan.
13. Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Di Malaysia memuaskan
14. Afdlin Shauki: P.Ramlee Generasi Baru.
15. Rancangan Realiti: Kebajikan Plastik.
16. Bank Bayi Perlu Diwujudkan.
17. Demi Kesihatan Sudah Tiba Masanya Rokok Diharamkan.
18. Orang Gaji: Hamba Sahaya Zaman Moden.
19. Jualan Murah Gimik Peniaga.
20. Facebook: Lebih sudu daripada kuah

HUMOR/PERIBAHASA
1. Perkahwinan Bukti Cinta.
2. Kanak-Kanak Perlu Lebih Bermain.
3. Hitam Itu Menawan.
4. Panas Lebih Baik Dari Hujan.
5. Pisang Lebih Enak Dari Epal.
6. Poligami Perlu Disokong.
7. Bergelap-Gelap Didalam Terang

Debat IKIM 2009

(i) "Penerokaan Tanah Untuk Biofuel Merugikan Negara".
(ii) "Kuota 30 Peratus Wanita Pembuat Dasar di Malaysia Tidak Berpijak di Bumi Nyata".
(iii) "Budaya Internet Menghakis Pemikiran Kritis".
(iv) "Kebebasan Penulis Blog Bukti Kebebasan Bersuara".

Debat Terbuka Astar UM 2009

POLITIK

1. Isu Asia Barat: Kita Kekal Sesat 
2. Isu Palestin: Menjolok Sarang Tebuan 
3. Politik Kaum Masih Menjadi Pilihan Utama 
4. Demonstrasi Lambang Demokrasi 
5. Kuasa Veto Mengancam Keamanan Dunia 
6. Malaysia Perlukan Obama 
7. Hak Asasi di Malaysia Membanggakan 
8. ASEAN Perlu Lebih Sepakat

EKONOMI

1. Krisis Ekonomi Akan Menular 
2. Jawapan Terbaik Adalah Dinar Emas 
3. Biodiesel Jawapan Kepada Kenaikan Harga Minyak 
4. DEB Perlu Dikembalikan 
5. Koridor Ekonomi Tidak Mampu Menawan Hati Rakyat 
6. Boikot Produk AS dan Israel: Kita Tidak Sepakat 
7. Subsidi Menyebabkan Rakyat Kita Manja

HUMOR / PERIBAHASA

1. Hijau Perlu Kekal Hijau, Merah Perlu Jadi Hijau 
2. Isunya Hari Ini Adalah Jong Pecah, Yu Yang Kenyang 
3. Mawar Berduri Tidak Bahaya 
4. Jalur Gemilang Tidak Semestinya Empat Belas

SOSIAL

1. ICT Menghakis Kreativiti Masyarakat 
2. Masalah Rumah Tangga: Orang Ketiga Membawa Bahagia 
3. Pengajaran Sains dan Matematik Lebih Baik Dalam Bahasa Malaysia 
4. Pindaan AUKU Menghidupkan Mahasiswa 
5. Penerokaan Tanah Untuk Pembangunan Membawa Padah 
6. IPTS Sudah Setaraf Dengan IPTA 
7. Gosip Mengangkat Artis Malaysia 
8. Blog Perlu Disekat 
9. Tanah Runtuh: Tanggungjawab Bersama 
10. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Hanya Bertukar Nama

Debat Diraja 2008

POLITIK
1. Pembangkang Di Malaysia Tidak Bijak
2. Kemenangan Obama Memberi Kita Satu Petunjuk
3. Rumah Putih Cuma Bertukar Warna
4. Kita Tidak Bersatu Dalam Isu Kepentingan Negara
5. Pengunduran Musharaf: Sinar Buat Pakistan
6. Demokrasi Malaysia: Retak Menanti Belah
7. Krisis Kehakiman Diada-adakan
8. Dunia Perlukan Kawalan Keselamatan Perairan Antarabangsa
9. Barisan Nasional Perlu Menjadi Satu Parti
10. Politik Berteraskan Kaum Masih Relevan
11. Politik Malaysia Mengancam Perpaduan
12. Debat Politik : Pemimpin Kita Belum Bersedia
13. Dunia Sudah Tidak Perlukan Kuasa Veto
14. Sidang Damai Annapolis Adalah Penamatnya
15. Politik Malaysia Sudah Stabil
16. Mahasiswa Malaysia Matang Berpolitik
17. Mengiktiraf Kemerdekaan Kosovo Adalah Tepat

EKONOMI
1. Kawalan Harga Barang Hanya Ilusi
2. Sistem Perbankan Islam Jawapan Kepada Krisis Kewangan Dunia
3. Kenaikan Gaji Jawapan Kepada Inflasi
4. Halangan Perdagangan Antarabangsa Wajar Dihapuskan
5. ASEAN Perlukan Matawang Sendiri
6. Pengurangan Subsidi Minyak Adalah Tidak Wajar
7. Pasaran Terbuka Berat Sebelah
8. Air Asia Punca MAS Lemas
9. Sistem Bretton Woods Perlu Diganti
10. Mahasiswa Kita Boros

SOSIAL
1. Masalah Perkauman: Salah Media
2. Demi Perpaduan: Kebebasan Media Perlu Dikawal
3. Perpaduan Kita Terus Kukuh
4. Bloggers: Duri Dalam Daging
5. Bahasa Melayu Penyatu Bangsa Malaysia
6. Setelah 51 Tahun, Bahasa Melayu Semakin Dilupakan
7. Pindaan AUKU: Mahasiswa Sudah Bersedia
8. AUKU: Menyebab Mahasiswa Lesu
9. Krisis Makanan Global: Kita Sudah Bersedia
10. Pendidikan Kita Bertaraf Dunia
11. Sukan Adalah Medium Perpaduan
12. Generasi Muda Kita Patriotik
13. Semangat Kesukarelaan Kian Pudar
14. Industri Hiburan Tidak Tentu Arah
15. Kerjasama Antarabangsa Mampu Menyelesaikan Masalah Alam Sekitar Dunia
16. Perubahan Iklim Dunia Tanggungjawab Negara Dunia Ketiga
17. Pemimpin Politik Tidak Wajar Menerajui Persatuan Sukan

HUMOR / PERIBAHASA
1. Hijau Perlu Kekal Hijau
2. Semut Sudah Setanding Gajah
3. Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
4. Kerana Marahkan Nyamuk, Kelambu Dibakar
5. Berambut Lebih Baik Daripada Botak
6. Pisang Sudah Berbuah Dua Kali

Debat Alam Sekitar 2008

Pusingan Pertama : Pembangunan Mapan Mampu Menjana Keseimbangan Alam Sekitar
Pusingan Kedua : Pencemaran Sungai di Malaysia, Sudah Tiada Harapan
Pusingan Ketiga : Demi Alam, Konsep Pencemar Bayar Perlu dikuatkuasakan
Pusingan Empat : Undang - undang Jawapan terbaik kepada Permasalahan Alam Sekitar
Pusingan Lima : Kitar Semula : Hangat - hangat Tahi Ayam
Pusingan Enam : Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia Tidak Tentu Arah

Suku Akhir : Kita Sepakat Menangani Masalah Perubahan Iklim Dunia
Separuh Akhir : Penggunaan Lestari Sumber Asli Menjamin Pemuliharaan Alam Sekitar
Akhir : Kita Cukup Serius Menangani isu Alam Sekitar

Debat Perdana Integriti 2008

1. Tanggungjawab Sosial Sektor Korporat Nombor 1, Keuntungan Nombor 2
2. Negara Maju Melahirkan Remaja Lebih Berintegriti
3. TEKAD 2008 : Kita Telah Mencapai Matlamat
4. Artis Kita Kurang Berintegriti
5. Kemelut Bola Sepak Malaysia : Krisis Integriti
6. Selepas 50 Tahun Merdeka : Kita Semakin Berintegriti
7. Doktrin Pengasingan Kuasa Di Malaysia Berkesan
8. Sistem Khidmat Awam Di Malaysia Membanggakan
9. Kursus Tadbir Urus Korporat Wajar Diwajibkan
10. Demi Kualiti Hidup, Sistem Pendidikan Perlu Dirombak
11. Peningkatan Ekonomi Berkadar Terus Dengan Integriti
12. Sistem Pendidikan Berjaya Menyemai Perpaduan Kaum
13. Penjawat Awam Sudah Berintegriti
14. Integriti dan Ketelusan : Malaysia Model Terbaik
15. Penyelesaian Masalah Rasuah Terletak Di Tangan Masyarakat
16. Pematuhan Etika Perniagaan Akan Lebih Menguntungkan Syarikat
17. Etika Perniagaan Selari Dengan Kehendak Globalisasi
18. Amalan Tadbir Urus Korporat Mampu Menarik Pelabur Asing Ke Malaysia
19. Perkhidmatan Kita Setanding Dengan Perkhidmatan Awam Negara Maju
20. Jenayah Culik Kanak-kanak : Bukan Salah Ibu Bapa
21. Isu Politik : Media Berintegriti
22. Media Mendorong Ahli Politik Lebih Berintegriti
23. Kita Sepakat Dalam Menangani Isu Integriti
24. Rasuah Di Malaysia : Kita Sudah Berjaya
25. Kemerosotan Disiplin Pelajar Tanggungjawab Guru
26. Mahasiswa Kita Sudah Berintegriti
27. Penerapan Modal Insan Telah Berjaya
28. Isu Penyorokan Bekalan : Ada Bau-bau Bacang Dengan Rasuah
29. Pembinaan Koridor Ekonomi Memacu Negara Lebih Berintegriti
30. Sebenarnya Integriti Lebih Kepada Agenda Politik

Debat Kepenggunaan 2008

1. Tempat kerja tidak mesra OKU punca pengangguran OKU.
2. Gaji minimum ancam pelaburan asing.
3. Tanggungjawab sosial korporat (CSR) hanya sesuai untuk syarikat besar.
4. Kenaikan kos operasi ancam kualiti dan keselamatan produk.
5. Produk mesra alam adalah mahal.
6. Agenda 21 tempatan gagal di Malaysia
7. Tanggungjawab sosial korporat ringankan penguatkuasaan undang-undang.
8. Manfaat pekerja: Hak mutlak majikan.
9. Kebajikan komuniti persekitaran tangungjawab syarikat.
10. Nuklear sumber tenaga alternatif terbaik.
11. Tangungjawab sosial sekadar gimik perhubungan awam.
12. Bahan api bio punca kekurangan makanan dunia.
13. Polisi tenaga kerja di Malaysia : tidak peka gender.
14. Pengguna Malaysia tidak pentingkan keselamatan makanan.
15. Subsidi punca penggunaan bahan api tidak lestari.
16. Graduan Malaysia tidak peka penggunaan lestari.
17. Institusi kewangan wajar didik perbelanjaan berhemat.
18. Makanan terubah suai genetik (GMF) jawapan krisis makanan.
19. Iklan makanan ringan untuk kanak-kanak wajib diharamkan
20. Undang-undang penyelesaian dalam mengurangkan gas rumah hijau
21. Jenama popular tidak jamin keselamatan dan kualiti produk pengguna.
22. Industri penjagaan kesihatan pentingkan keuntungan.
23. Isu kenaikan harga barang ibarat menepuk air di dulang.
24. Pendidikan kepenggunaan perlu bermula di rumah
25. Hapuskan subsidi minyak: tingkatkan pengangkutan awam.

Debat Kemerdekaan 2008

1. Demi Kemakmuran Negara Bersama, Kita Perlu Bebas Berpolitik
2. Demi Kestabilan Politik, AUKU Tidak Perlu Dipinda
3. Politik Kaum Masih Lagi Diperlukan
4. Dunia Sudah Semakin Aman
5. Wanita Asia Sudah Merdeka
6. Kita Perlu Lebih Bersedia Menghadapi Krisis Makanan
7. Filem Patriotik Semakin Terpinggir
8. Globalisasi Mengancam Kebudayaan Nasional
9. Bola Sepak Menjejaskan Semangat Patriotisme
10. Blog Perlukan Kawalan
11. Ledakan ICT Melunturkan Semangat Patriotisme
12. Untuk Maju : Kita TIdak Perlu Subsidi
13. Amalan Meritokrasi : Kita Belum Bersedia
14. Pengantarabangsaan Bahasa Melayu Berjaya
15. Pendidikan Kebangsaan Berjaya Memupuk Semangat Patriotik
16. Sekolah Kebagsaan Jawapan Terbaik Kepada Perpaduan Nasional
17. Pendidikan Wahana Terbaik Pemantapan Semangat Patriotik
18. Perpaduan Nasional Menjamin Kelangsungan Bangsa Merdeka
19. Demi Memelihara Kemerdekaan, Kita TIdak Perlu Lebih Terbuka
20. Semangat Cintakan Negara Semakin Membara
21. Perpaduan Nasional : Indah Khabar Dari Rupa
22. Persefahaman Kaum di Malaysia : Ibarat Api Dalam Sekam
23. Polarisasi Kaum Semakin Membimbangkan
24. 50 Tahun Merdeka : Usahawan Melayu Sudah Bersedia Bersaing
25. Isu Buruh Asing : Kita Terlalu Berlembut
26. Kita Serius Membasmi Kemiskinan
27. Kita Masih Perlukan DEB
28. Modal Insan Teras Pembangunan Negara
29. Politik Kampus Tidak Mengungat Kestabilan Negara
30. Program Latihan Khidmat Negara Mencapai Matlamat
31. Generasi Muda Kita Tidak Patriotik
32. Sesekali Kita Perlu Menoleh Kebelakang
33. Kita Hanya Merdeka Pada Nama
34. Wawasan 2020 : Bagai Menggapai Bintang Di Langit

Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2008

1. Demi Perpaduan, Kita Perlu Lebih Terbuka
2. Organisasi Bukan Kerajaan Perlu Lebih Aktif Dalam Memupuk Perpaduan
3. Perpaduan Kaum Menjamin Kestabilan Politik
4. Intergriti Menjamin Kekuatan Perpaduan Kaum
5. Politik Mengancam Perpaduan
6. Bangsa Malaysia Adalah Formula Perpaduan
7. Perlaksanaan Koridor Ekonomi, Pengukuhan Perpaduan Negara
8. Integrasi Kita Hanya Di Atas Kertas
9. Integrasi Nasional Teras Perpaduan Rakyat
10. Perpaduan Negara Kita Membanggakan
11. Sistem Pendidikan Negara Berjaya Menyemai Perpaduan
12. Isu Hindraf : Bukti Kita Tidak Bersatu
13. Monopoli Ekonomi Mengancam Perpaduan Negara
14. DEB Penawar Kepada Perpaduan
15. Perpaduan Kaum Jawapan Kepada Keselamatan Negara
16. Malaysia : Model Terbaik Demokrasi
17. Demi Keselamatan, Undang-Undang Blog Wajar Digubal
18. Perpaduan : Malaysia Contoh Terbaik
19. Seni dan Warisan Berupaya Memartabatkan Perpaduan
20. Jenayah Culik : Pemerkasaan Rukun Tetangga Jawapannya
21. Kestabilan Politik Lebih Penting Daripada Kestabilan Ekonomi Dalam Mencapai Perpaduan Kaum
22. Isu Perpaduan Kaum Di Malaysia Semakin Dipinggirkan
23. Berpolitik Dalam Media Punca Perpecahan
24. SMS menyumbang ke arah perpecahan kaum
25. Isu Perpaduan Kini Semakin Mencabar Daripada 50 Tahun Dahulu
26. Masyarakat Lebih Utamakan Hak Kebajikan Daripada Mengekalkan Perpaduan
27. Isu Kenaikan Harga lebih Utama Daripada Isu Perpaduan
28. Perpecahan Perlu Untuk Membentuk Perpaduan
29. Hak hak Asasi Manusia Wajar Ditegakkan Untuk Mengekalkan Perpaduan
30. Perlembagaan Negara Sudah Cukup Memberi Kerangka Perpaduan Di Malaysia
31. Demontrasi Penghalang Pembentukan Perpaduan

Debat Alam Sekitar 2007

1. TEKNOLOGI ALAM SEKITAR REALISTIK
2. PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU PERLU LEBIH TEGAS MENANGANI ISU ALAM SEKITAR
3. NEGARA MAJU PUNCA PEMANASAN GLOBAL
4. PEMBALAKAN HARAM: SUDAH TERHANTUK BARU TERNGADAH
5. PEMBANGUNAN MAPAN PERLUKAN PENGORBANAN POLITIK
6. PENYELESAIAN ISU ALAM SEKITAR: BANYAK TEORI DARIPADA PRAKTIKAL

SUKU AKHIR: PEMANTAUAN MASALAH ALAM SEKITAR: PERANAN MEDIA LEBIH BERKESAN
SEPARUH AKHIR: SUDAH TIBA MASANYA ALAM SEKITAR MENJADI AGENDA UTAMA NEGARA
AKHIR: 50 TAHUN MERDEKA, ALAM SEKITAR MASIH TERCEMAR

Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2007

1. Rancangan Malaysia Kesembilan memperkukuhkan agenda perpaduan negara.
2. Pemantapan ekonomi teras kesejahteraan negara.
3. Aktiviti kokurikulum wajar di perbanyakkan dalam memupuk integrasi nasional.
4. Bilangan guru bukan melayu wajar ditambah dalam menjamin perpaduan di Malaysia.
5. Kestabilan politik menjamin keutuhan perpaduan dan integrasi nasional.
6. Peranan ibu bapa paling utama dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional.
7. Hubungan harmoni antara kaum bukannya satu opsyen, tetapi adalah satu kemestian.
8. Pembangunan Koridor Ekonomi, gagasan besar melonjakkan setiap warga Malaysia ke arah
kemakmuran.
9. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan langkah berkesan untuk menjadikannya pilihan utama seluruh
warga.
10. Modal Insan berkualiti teras kemakmuran negara.
11. Kepelbagaian rakyat Malaysia adalah kekuatan negara.
12. 50 tahun merdeka bukan lagi masa mendendangkan lirik berasaskan kaum.
13. Ketidaksamaan sosioekonomi menggugat kestabilan sosial.
14. Demi perpaduan negara, media perlu lebih berintegriti dan bertanggungjawab.
15. Toleransi kaum semakin meningkat selepas 50 tahun negara mencapai kemerdekaan.
16. Sikap individualistik ancaman kepada perpaduan negara.
17. Kelab Rukun Negara pemangkin perpaduan dan integrasi nasional di kalangan pelajar pelbagai kaum.
18. Rukun Tetangga berjaya sebagai agen perpaduan di peringkat akar umbi.
19. Kebanjiran pekerja asing menggugat keharmonian masyarakat Malaysia.
20. Proses integrasi nasional harus bermula di sekolah.
21. Isu mengenai sensitiviti kaum dan agama perlu ditangani melalui forum tertutup.
22. Perpaduan kaum semakin kukuh setelah 50 tahun merdeka.
23. Perhimpunan haram menggugat kestabilan negara.
24. Rondaan Sukarela berkesan dalam menjaga keselamatan kawasan setempat.
25. Kesejahteraan sosial asas perpaduan negara.
26. Rukun Negara tunjang masyarakat adil dan saksama.
27. Misi Nasional memperkukuhkan perpaduan rakyat.
28. Globalisasi menggugat jati diri generasi muda.
29. Semangat kejiranan yang semakin luntur menggugat keharmonian negara.
30. Kadar jenayah yang tinggi menjejaskan imej negara.
31. Kemakmuran ekonomi meminggirkan nilai kemasyarakatan.
32. Integrasi nasional menjamin keharmonian negara.
33. Ke arah 2020: Pembinaan Bangsa Malaysia hampir mencapai matlamatnya.
34. Kontrak sosial, perkara yang tidak boleh dipersoalkan lagi.
35. Malaysia adalah model dalam menguruskan hubungan kaum.
36. Warga muda penentu maju mundur negara di masa depan.