Monday, 19 December 2011

senarai kabinet

kepada korg yg suke uad fakta palsu, bole la ye cilok name dorg nie.. bhahaha XD all the best

SENARAI NAMA DAN ALAMAT MENTERI

    


najibYAB DATO' SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

Perdana Menteri Merangkap Menteri Kewangan,
Pejabat Perdana Menteri,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.
Talian Am : 03-8888 8000



muhyiddinYAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSIN

Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran,
Pejabat Timbalan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok Barat,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.
Talian Am : 03-8888 1950



YB SENATOR DATO' PALANIVEL A/L K.GOVINDASAMY
Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Tingkat 36, Menara Dato' Onn,
45, Jalan Tun Ismail,
50695 KUALA LUMPUR. 



peterchinYB DATO' SRI PETER CHIN FAH KUI

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,
Aras 6, Blok E4/5, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62668 PUTRAJAYA.
Talian am : 03-8883 6200/6000
Talian Khidmat Pelanggan : 03-8883 6054



kohtsukoonYB SENATOR TAN SRI DR. KOH TSU KOON 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Aras 3, Blok Barat,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.
Talian am : 03-8888 8000



bernardYB TAN SRI BERNARD GILUK DOMPOK

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi,
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi,
Aras 13, No. 15, Persiaran Perdana,
Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62654 PUTRAJAYA.
Talian am : 03-8880 3300
Talian Khidmat Pelanggan : 03-8880 3351



nazriazizYB DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ

Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Tingkat 15, Menara Parlimen,
Jalan Parlimen,
50680 KUALA LUMPUR.
Talian am : 03-8888 8000



hishamudinYB DATO' SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN

Menteri Dalam Negeri,
Kementerian Dalam Negeri,
Aras 12, Blok D1, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.
Talian am : 03-8886 8000
Talian Khidmat Pelanggan : 03-8886 3024



raisyatimYB DATO' SERI UTAMA DR. RAIS BIN YATIM

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,
Tingkat 1, Kompleks Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja,
50610 KUALA LUMPUR.
Talian am : 03-2612 7600



normohamedYB TAN SRI NOR MOHAMED BIN YAKCOP

Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Aras 6, Blok B5, Parcel B,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.
Talian am : 03-8888 8000



shafieapdal
YB DATO' SERI HJ. MOHD SHAFIE BIN HJ. APDAL

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,
Pejabat Menteri,
Aras 32,
No. 47 Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
Talian am : 03-8891 2003



mohamedkhalidYB DATO' SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN

Menteri Pengajian Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 18, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 PUTRAJAYA.
Talian am : 03-8870 6000
Talian Khidmat Pelanggan : 03-8870 6266



mustaphaYB DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Tingkat 15, Blok 10,
Kompleks Pejabat Kerajaan,
Jalan Duta,
50622 KUALA LUMPUR.
Talian am : 03-6203 3022
Talian Khidmat Pelanggan : 03-6203 4106



maximusYB DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,
Aras 7, Blok C5, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62662 PUTRAJAYA.
Talian am : 03-8885 8000
Talian Khidmat Pelanggan : 03-8885 8905



douglasuggahYB DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,
Aras 17, Wisma Sumber Asli,
No. 25, Persiaran Perdana,
Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62574 PUTRAJAYA.
Talian am : 03-8886 1111
Talian Khidmat Pelanggan : 03-8886 1584



ngyenyenYB DATO' SRI DR. NG YEN YEN 

Menteri Pelancongan,
Kementerian Pelancongan,
Aras 18, No. 2, Menara 1,
Jalan P5/6, Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62200 PUTRAJAYA.
Talian am : 03-8891 7000



nohomarYB DATUK SERI HAJI NOH BIN OMAR

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,
Aras 17, Wisma Tani,
No. 28, Persiaran Perdana,
Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62624 PUTRAJAYA.
Talian am : 03-8870 1000
Talian Khidmat Pelanggan : 03-8870 1056



zahidhamidiYB DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI

Menteri Pertahanan,
Kementerian Pertahanan,
Wisma Pertahanan,
Jalan Padang Tembak,
50634 Kuala Lumpur.
Talian am : 03-2692 1333
Talian Khidmat Pelanggan : 03-2071 5070



shazimanYB DATUK SERI SHAZIMAN BIN ABU MANSOR

Menteri Kerja Raya,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 5, Blok A, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 KUALA LUMPUR.
Talian am : 03-2711 1100
Talian Khidmat Pelanggan : 03-2771 4558 



liowtionglaiYB DATO' SRI LIOW TIONG LAI

Menteri Kesihatan,
Kementerian Kesihatan,
Aras 13, Blok E7, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 PUTRAJAYA.
Talian am : 03-8883 3888
Talian Khidmat Pelanggan : 03-8883 2504



shaberyYB DATO' SRI AHMAD SHABERY BIN CHEEK

Menteri Belia dan Sukan,
Kementerian Belia dan Sukan,
Tingkat 17, Menara KBS,
Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 PUTRAJAYA.
Talian am : 03-8871 3333
Talian Khidmat Pelanggan : 03-8871 3403



subramaniamYB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM

Menteri Sumber Manusia,
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 9, Blok D3, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 PUTRAJAYA.
Talian am : 03-8886 5000
Talian Khidmat Pelanggan : 03-8886 5118



ismailYB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
Aras 13 (Menara),
No. 13, Persiaran Perdana,
Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 PUTRAJAYA.
Talian am : 03-8882 5500
Talian Khidmat Pelanggan : 03-8882 5563



ahmadhusniYB DATO' SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH 

Menteri Kewangan (II),
Kementerian Kewangan,
Aras 11, Blok Tengah, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 PUTRAJAYA.
Talian am : 03-8882 3000
Talian Khidmat Pelanggan : 03-8882 3969



kongchohaYB DATO' SERI KONG CHO HA

Menteri Pengangkutan,
Kementerian Pengangkutan,
Aras 7, Blok D5, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.
Talian am : 03-8886 6000
Talian Khidmat Pelanggan : 03-8886 6384



shahrizatYB SENATOR DATO' SRI SHAHRIZAT BINTI ABDUL JALIL 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Aras 3, Blok E, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana,
Jalan Dato' Onn,
50515 KUALA LUMPUR.
Talian am : 03-2693 4982
Talian Khidmat Pelanggan : 03-2693 4074



anifahYB DATO' SRI ANIFAH BIN AMAN 

Menteri Luar Negeri,
Kementerian Luar Negeri,
Aras 3, Wisma Putra, No. 1, Jalan Wisma Putra,
Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62602 PUTRAJAYA.
Talian am : 03-8887 4000



nongchikYB SENATOR DATO' RAJA NONG CHIK BIN DATO' RAJA ZAINAL ABIDIN 

Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar,
Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar,
Aras 4, Blok B2,
Menara Seri Wilayah, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 PUTRAJAYA.
Talian am : 03-8889 7888
Talian Khidmat Pelanggan : 03-8889 7955



jamilkhirYB SENATOR MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (B)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Aras 9, Blok D7, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519 PUTRAJAYA.
Talian am : 03-8888 8000



idrisjalaYB SENATOR DATO' SRI IDRIS JALA 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Aras 3, Blok Timur,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.



chorcheeheung
YB DATUK SERI CHOR CHEE HEUNG 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 18,
No.51, Persiaran Perdana,
Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 PUTRAJAYA.
(KEMASKINI PADA : 14 DISEMBER 2011)



lagi skali.. KAHERAH, MESIR ;(

ARKIB : 19/12/2011

Pertempuran di Dataran Tahrir berterusan



Seorang lelaki melihat dari beranda rumahnya kebakaran di Dataran Tahrir ekoran pertempuran terbaru antara polis dan penunjuk perasaan di tengah Kaherah, semalam. - REUTERS



KAHERAH 18 Dis. - Pertempuran antara polis tentera dan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir masuk hari ketiga dengan 10 orang terbunuh dan beratus orang lagi cedera.
Aktivis berkata, tentera merempuh sekatan yang dibina di sekitar dataran itu dan bertempur dengan penunjuk perasaan sebelum subuh.
"Tentera menyerbu dan kemudian berundur," kata seorang penunjuk perasaan, Mostafa Fahmy di dataran itu ketika dihubungi melalui telefon.
Beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul di dataran itu sejak awal pagi dengan sekumpulan orang berada berdekatan unggun api untuk memanaskan badan selepas tentera memusnahkan khemah yang dibina oleh aktivis sejak mereka mula membantah pemerintahan tentera pada 18 November lalu.
Keganasan terbaru itu mendedahkan perbezaan pendapat di kalangan rakyat Mesir berhubung peranan tentera yang mengambil alih selepas Presiden, Hosni Mubarak digulingkan pada Februari lalu.
Aktivis berkumpul di jalan-jalan raya sejak beberapa minggu lalu kerana marah dengan tindakan tentera yang dilihat enggan melepaskan kuasa.
Bagaimanapun, sebahagian lagi rakyat Mesir menyokong tentera sebagai pihak yang diperlukan untuk mengekalkan kestabilan ketika peringkat peralihan negara ini kepada demokrasi.
Kenderaan tentera dan askar telah dikerahkan ke beberapa jalan menuju ke dataran berkenaan.
Keadaan itu menyebabkan penunjuk perasaan dan tentera berulang kali bertempur antara satu sama lain. - REUTERS

Isu pasport Thaksin: Parti Demokrat ancam kemuka saman

BANGKOK: Parti Demokratik mengancam untuk memfailkan saman dan membuat laporan kepada Suruhanjaya Anti-Rasuah Kebangsaan terhadap mereka yang terbabit mengeluarkan pasport kepada bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Jurucakap parti itu, Chavanond Intarakomalyasut semalam menuduh Menteri Luar, Surapong Tovichakchaikul melanggar peraturan kementeriannya dan mengeksploitasi undang-undang negara semata-mata untuk Thaksin. Chavanond yang menjadi setiausaha kepada menteri luar dalam pentadbiran Abhisit Vejjajiva turut menuduh Surapong menipu rakyat. Beliau berkata, jurucakap Kementerian Luar, Thani Thongpakdi memberitahu kementerian sudah meluluskan pengeluaran pasport untuk Thaksin pada 26 Oktober lalu, sehari selepas bekas perdana menteri itu membuat permohonan di pejabat Kedutaan Thailand di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.

Surapong mengakui Jumaat lalu bahawa pasport Thaksin sah sejak 26 Okotober.
Chavanond berkata, hal itu bercanggah dengan kenyataan Surapong pada 2 Disember lalu bahawa kementeriannya masih menimbangkan untuk memulangkan pasport Thaksin.

Parti Demokrat akan merujuk undang-undang bersesuaian sebelum memfailkan kes jenayah mengenai isu itu. Beliau menyeru pegawai Kementerian Luar supaya mendedahkan kebenaran mengenai isu pengeluaran pasport Thaksin, termasuk sama ada bekas perdana menteri itu ada membuat permohonan pasport pada 25 Oktober lalu.

Rakyat mahu tahu sama ada Thaksin, Surapong atau Noppadon yang menipu.

Moscow tak akan biar republik Islam diserang

MOSCOW: Russia akan cuba menyekat sebarang serangan tentera terhadap kemudahan nuklear Iran kerana sebarang ancaman terhadap republik Islam itu akan menjadi masalah kepada Moscow.
Dalam temuramah denghan sebuah rangkaian televisyen, pakar tentera Russia, Vladimir Yevseyev berkata, serangan tentera terhadap Teheran akan mencetuskan masalah serius bagi Russia kerana Caucasus dan Asia Tengah adalah rantau strategik bagi negara itu.

Beliau juga menyifatkan penahanan sebuah dron pengintip Amerika oleh tentera Iran sebagai kejayaan penting dengan berkata, Amerika Syarikat mencabul ruang angkasa Iran, sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang antarabanagsa.
Menurutnya, Russia juga akan bertindak serupa jika ada pesawat pengintip menceroboh ruang angkasanya. - AP

www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MoscowtakakanbiarrepublikIslamdiserang/Article/index_html

AS tidak serik: Iran

TEHERAN: Ketua Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan dan Hal Ehwal Luar Parlimen Iran berkata, Amerika Syarikat mengulangi kesilapan menghantar dron RQ-170 apabila ia bertindak mengerah pengintip ke negara itu.
Pesawat berkenaan menceroboh ruang angkasa Iran pada 4 Disember lalu tetapi ditembak jatuh oleh Unit Perang Elektronik tentera Iran ketika ia terbang di Kashmar, kira-kira 140 kilometer dari sempadan Afghanistan.

Merujuk kepada penangkapan seorang pengintip Amerika Syarikat oleh Kementerian Perisikan Iran, Alaedin Boroujerdi (gambar) berkata, Amerika mengulangi kesilapan udara mereka di darat.
“Saya percaya Amerika mengetahui badan perisikan republik Islam ini mengawasi semua pergerakannya di rantau ini dan di dunia,” kata Alaedin.

Beliau menegaskan, agensi perisikan Iran tidak akan membenarkan Amerika untuk bertindak terhadap kepentingan negara itu.

“Adalah dijangka selepas tindakan Amerika mencabul ruang angkasa negara kita, satu kesilapan bertaraf dunia, Amerika tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. “Bagaimanapun, Amerika dilihat meneruskan kesilapan itu,” katanya.
Menurutnya, Iran perlu bertindak lebih tegas jika Amerika meneruskan langkah yang akan menjejaskan republik Islam itu.

Beliau berkata demikian selepas Kementerian Perisikan mengumumkan ia menahan seorang pengintip CIA keturunan Iran, sekali gus menggagalkan rancangan Amerika untuk menjalankan kegiatan pengintipan di negara itu. - Agensi

Israel, AS tekad halang Teheran

BAITULMAQDIS: Israel dan Amerika Syarikat bertekad untuk menghalang Iran daripada memperoleh senjata nuklear.
Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak juga tidak menolak sebarang pilihan yang ada untuk menamatkan impian Iran itu.

“Amerika Syarikat dan Israel percaya bahawa pemilikan senjata nuklear oleh Iran tidak boleh diterima dan kami bertekad menghalangnya daripada memperoleh senjata itu,” kata Barak menerusi radio, dua hari selepas berbincang dengan Presiden Barack Obama.
“Kami mengulangi hakikat bahawa kami tidak akan mengetepikan sebarang pilihan dalam untuk menamatkan usaha Iran itu,” katanya.

Bercakap kepada wartawan sebelum mesyuarat itu, Obama berkata, Washington sudah berusaha bersungguh-sungguh dengan sekutunya untuk menghentikan program nuklear Iran.

Israel dan kerajaan Barat mengesyaki program itu bertujuan untuk menghasilkan senjata atom tetapi disangkal oleh Iran yang berkata, ia bertujuan untuk menjana kuasa. Obama baru-baru ini berkata masyarakat antarabangsa akan meningkatkan tekanan terhadap Iran, termasuk melaksanakan sekatan menyeluruh ke atas negara itu sebagai tindak balas terhadap keengganan Iran menghentikan program nuklearnya. - AFP


Pelajar Malaysia kahwin di Dublin


155Share
Ariff Alfian Rosli pelajar malaysia dan Jonathan kahwin gay di Dublin baru baru ni. Memang luar biasa apabila pasangan gay atau sejenis berkahwin kerana ia bertentangan dengan ajaran agama. Difahamkan, Ariff Alfian Rosli telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang dikhabarkan bernama Jonathan di Dublin, Ireland. Ariff Alfian Rosli yang sedang belajar di University College Dublin sebelum ini telah dikhabarkan hilang oleh ahli keluarga.


Sumber:  melvister.com 

Mesir bergelut lagi??


[LARGE][LINK=/Luar-Negara/mesir-bergolak-lagi-22-maut-di-tahrir.html]Mesir bergolak lagi: 22 maut di Tahrir [/LINK] [/LARGE]

Selasa, 22 November 2011 10:55 Administrator

[*] [LINK=/component/option,com_mailto/link,aHR0cDovL2FnZW5kYWRhaWx5LmNvbS9MdWFyLU5lZ2FyYS9tZXNpci1iZXJnb2xhay1sYWdpLTIyLW1hdXQtZGktdGFocmlyLmh0bWw%3D/tmpl,component/][IMG]/templates/agendadaily/images/emailButton.png[/IMG][/LINK] [/*]

[*] [LINK=/Luar-Negara/mesir-bergolak-lagi-22-maut-di-tahrir/Cetak.html][IMG]/templates/agendadaily/images/printButton.png[/IMG][/LINK] [/*]

[*] [LINK=/pdf/Luar-Negara/mesir-bergolak-lagi-22-maut-di-tahrir.pdf][IMG]/templates/agendadaily/images/pdf_button.png[/IMG][/LINK] [/*]


[IMG]/images/stories/tahrir12.jpg[/IMG]Pertempuran antara penunjuk perasaan dengan anggota pasukan keselamatan di Dataran Tahrir yang masuk hari ketiga semakin memburuk hari ini, dengan angka korban meningkat kepada 22 orang.


Kejadian itu berlaku apabila polis dan anggota tentera menggunakan belantan, gas pemedih mata dan tembakan peluru burung bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang menuntut peralihan kuasa pihak tentera kepada kuasa rakyat.

 

Tentera Mesir dilapor turut membakar khemah penunjuk perasaan di dataran tersebut.

 

Ia merupakan hari kedua keganasan berlaku di ibu negara ini, selepas satu perarakan anti tentera secara aman yang dilakukan Jumaat lalu.

 

Pegawai di rumah mayat berkata, lebih 20 maut semalam dan dua lagi kelmarin menjelang pilihan raya pertama negara ini, dalam keganasan terburuk sejak kejatuhan rejim Hosni Mubarak.

 

Pilihan raya perundangan akan diadakan pada 28 November ini.

 

Pegawai berkata, sekurang-kurangnya empat penunjuk perasaan ditembak mati semalam.

 

Menurut kenyataan agensi berita MENA, Kementerian Kesihatan melaporkan seramai 10 terbunuh semalam, sementara 1,700 yang lain cedera sepanjang hujung minggu lalu dalam pertempuran.

 

Terdahulu, Dr. Mohammed Fatuh yang bertugas di Dataran Tahrir berkata, tiga mayat dengan kesan tembakan dibawa ke hospital sementara di dataran tersebut.

 

Pasukan perubatan sebelum itu melaporkan empat kematian, satu akibat terkena tembakan peluru hidup serta tiga kerana sesak nafas terhidu gas pemedih mata.

 

Wartawan AFP malam tadi berkata, penunjuk perasaan di sebatang jalan dilihat melempar batu dan bom petrol ke arah kereta perisai tentera serta polis rusuhan sebelum polis tentera membalas dengan melepaskan tembakan. -21/22/2011 -AFP