Friday 24 August 2012

dilema pendebat ketiga



Dalam debat ala parlimen, pendebat ketiga lazimnya ditugaskan untuk membidas segala kesilapan hujah dan fakta yang dikemukakan oleh pihak lawan. Caranya? Terpulang pada kreativiti masing-masing – pun begitu masih ada batas tertentu, pada hemat saya (akan ditulis pada entri lain).
Kali ini, saya cuba fokus pada dilema dan stigma yang Aselalu ada dalam kalangan pendebat ketiga. Halangan minda yang menyebabkan ramai pendebat ketiga menghadapi kesukaran mengenal pasti (apatah lagi membidas) kesilapan atau fallacy dalam hujah dan fakta pihak lawan.
Oh, bukan. Bukan. Apabila saya menyebut fallacy, saya bukan ingin mengajar ilmu logik. Saya amat daif dalam konteks itu. Jauh sekali untuk menelaah teks Aristotle atau mana-mana filsuf Yunani.Yang saya kongsi ini hasil pengalaman semata-mata. Ada benar, ada nanar.
1. Fakta memang betul, bagaimana mahu dibidas?
Ini antara kekeliruan paling klasik dalam kalangan pendebat. Memang benar, kita mudah kagum dengan fakta rinci dan tepat yang dibawa oleh pihak lawan. Apatah lagi andai fakta itu diadun dengan angka dan nama pengarang yang sukar disebut.Atau, fakta yang tersohor di sudut dunia mana sekali pun. Sahih, nyata benar. Misalnya – kematian ribuan rakyat Palestin angkara Israel, ekonomi Amerika tumbang dek krisis sub prima, Sepanyol memenangi Piala Dunia 2010, dan sebagainya.
Komen:
Fakta bersifat benar, memang benar sebagai fakta. Titik. Sebab itu debat bukan soal fakta semata-mata, tetapi juga PENGGUNAAN fakta dalam hujah. Fakta pihak lawan yang dianggap benar dan sahih dari segi sifat, perlu disemak dengan kes perdebatan.
Adakah fakta tersebut tepat dengan pencirian kes? Adakah fakta menerangkan hujah? Wujudkah fakta lain untuk menyanggah mesej atau maksud yang dibawa? Lengkapkah kandungan fakta dengan komponen jalan cerita atau kes yang ingin dibuktikan? Soalan-soalan di atas bukan bidasan tetapi cara untuk menilai fakta yang diketahui benar dalam perdebatan.
Justeru, amat molek jika pendebat ketiga mempunyai sehelai kertas yang disediakan khusus untuk mencatat kes pihak lawan semata-mata. Jika mampu, setiap patah perkataan disalin tanpa gagal. Kes yang gagal diimani dengan menyediakan fakta tangkap muat – seharusnya diserang bertubi-tubi.
2. Tolong! Fakta terlalu banyak!
Ini juga mimpi ngeri bagi kebanyakan pendebat ketiga. Bangun pendebat pertama pihak lawan, lapan fakta. Pendebat kedua, 15 fakta. Usah bicara soal bidas – nak salin pun banyak yang terlepas. Biasalah, strategi pasukan masing-masing.
Komen:
Pendebat yang hadir ke gelanggang dengan seguni fakta biasanya tampil dengan beberapa petanda: mata kerap merujuk kertas, tempo penyampaian pantas, hujah bermula dengan kenyataan umum diikuti fakta-fakta ringkas, dan lain-lain.Sekiranya simptom di atas dikesan – pendebat harus pantas mempersiap minda. Dengar dengan teliti dan buat nota minda. Ulang sebut fakta dalam hati sambil catat sepantas mungkin. Ingat, yang dicatat bukan ayat – tetapi fakta: nama, angka, tempat, istilah, kaitan, bukti.
Tujuan menyalin bukan untuk ulang sebut segala-galanya tetapi untuk mengesan keseragaman dalam semua fakta. Cari tema dan mesej di sebalik semua fakta. Simpulkan (sambil menyebut sebahagian/semua fakta sepintas lalu) dan cuba bidas kaitan fakta tersebut dengan kes.Lambakan fakta turut hadir dengan risiko percanggahan. Teliti semua fakta yang disampaikan – pasti ada satu atau dua fakta yang bercanggah antara satu sama lain.
3. Tidak tahu = tidak bidas.
Malang juga andai keadaan ini menimpa pendebat ketiga, tetapi saya yakin ramai yang pernah berhadapan dengan situasi yang sama. Pen di tangan sudah bersedia mencatat hujah dan fakta. Tiba-tiba terletuslah dari mulut sang pendebat fakta yang tidak pernah didengar.
Tak faham. Tak tahu. Asing. Janggal. Canggung.
Maka fakta ini ditinggalkan sekadar coretan pada kertas tanpa sebarang bidasan. Lebih malang, andai pihak lawan berjaya menghidu kegagalan dan mendedahkan kepada penonton (baca: hakim) – “Hujah ini tidak dibidas.”
Komen: Padan muka – siapa suruh malas buat kajian sebelum debat?
Saya boleh saja menghentikan komen di situ, tapi tak perlulah. Ini bukan sesi maki Simon Cowell atau mana-mana lelaki Inggeris yang meniru beliau dalam realiti TV lain. Cuma mesej itu perlu disampaikan. Jadi pendebat, walau bukan serba tahu – namun mesti sentiasa mahu mencari tahu.
Cuma, para pendebat pasti tidak dapat mengelak kebarangkalian menemukan fakta asing sebegini – biasanya dalam usul perdebatan yang teknikal seperti Debat Alam Sekitar atau usul dengan istilah dan konsep yang khusus. Atau dalam mana-mana usul – anda menemukan pasukan yang sememangnya berstrategi sedemikian. Buat fakta yang pelik – biar pihak lawan sukar membidas.
Bagi menangani masalah ini, seperti mana langkah yang saya cadangkan dalam bahagian pertama – cari dan analisis kaitan fakta tersebut dengan kes pihak lawan. Bagaimana? Walau sesulit mana pun satu-satu fakta, pasti ada kesimpulan yang ingin dicapai. Kaji komponen dan kaitan antara objek/nama/situasi/individu yang ada dalam fakta tersebut.
4. Menyerang penyerang.
Dilema ini dihadapi oleh pendebat ketiga pembangkang. Sebelum giliran tiba, pendebat ketiga kerajaan telah selesai menyampaikan bidasan. Maknanya? Ada bidasan yang telah melemahkan kes pembangkang. Ada serangan yang memberi kesan, terutamanya perspektif hakim.
Maka, pendebat ketiga pembangkang terpaksa menimbang sama ada untuk memulakan bidasan dengan kes dan hujah yang disampaikan oleh pendebat pertama dan kedua – atau terus menyerang balas? Bagaimana pula dengan pengurusan masa jika terlalu banyak fakta yang perlu dibidas? Perlukah bidasan pendebat ketiga kerajaan diabaikan?
Komen: Debat seringkali berkaitan dengan tanggapan yang dibina dalam minda penonton, terutamanya hakim. Semasa bidasan dilakukan oleh pendebat ketiga kerajaan, amat molek untuk rakan sejawatan di pihak pembangkang melakukan analisis kerosakan (damage analysis). Pastinya, dengan bantuan rakan sepasukan.
Sejauh manakah sesi bidasan kerajaan memberi kesan kepada kes pembangkang? Jika serangannya baik dan mengena, maka pendebat ketiga pembangkang harus membalas serangan sebaik sahaja memulakan ucapan. Hapuskan tanggapan (impression) yang telah dibina oleh sesi bidasan pihak lawan.
Jika serangannya lemah dan tidak mengena, maka bidasan tersebut boleh disentuh secara ringkas selepas selesai bidasan hujah – atau diselesaikan semasa sesi penggulungan.
Komponen bidasan manakah yang lebih tajam dalam ucapan pendebat ketiga kerajaan? Sekiranya serangan lebih mengena pada hujah dan fakta, elakkan daripada menerangkan semula hujah – buang masa. Sebaliknya, kumpul dan nilai bidasan beliau seperti hujah dan fakta. Bahagi masa dengan baik.
Jika bidasan beliau lebih tertumpu pada kes dan konsep, adunkan kelemahan bidasan tersebut dalam serangan anda terhadap kes pihak lawan. Anggap serangan beliau sebahagian daripada kes kerajaan – kerana serangan pihak lawan biasanya berasaskan kefahaman mereka terhadap kes sendiri.

Satu lagi dilema yang dihadapi oleh pendebat ketiga ialah dalam mendepani situasi ekstrem: pasukan lawan terlalu lemah atau pasukan sendiri terlalu lemah.
Situasi 1: Pasukan Lawan Terlalu Lemah
Pendebat pertama dan kedua tampil dengan satu, atau lebih parah, tanpa sebarang hujah. Hanya kes perdebatan yang diulang pintal hingga tamat waktu berhujah. Ada juga pihak lawan yang tidak sempat pun memanfaatkan masa berhujah sepenuhnya.
Hal ini biasa dihadapi apabila pendebat bertemu dengan pasukan yang terlalu muda dalam perdebatan. Barangkali kurang pengalaman dan/atau persiapan.Maka, masalah akan timbul apabila pendebat ketiga tidak cukup modal untuk membidas. Tiada hujah dan fakta: apa yang hendak dibidas?
Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan.
Pertama, jangan sesekali merendah-rendahkan pihak lawan. Jangan. Amat mudah untuk pendebat tergelincir dari sempadan santun dalam pengucapan awam apabila peluang menyerang pihak lawan terbuka luas. Saya pun pernah melakukan kesilapan yang sama. Pengalaman mengajar kita bahawa semua pendebat mampu jadi hebat tanpa perlu jadi biadap. Hormati pihak lawan – sekuat atau selemah mana pun mereka.
Kedua, jika hujah pihak lawan terlalu sedikit – pendebat ketiga boleh cuba untuk menerangkan semula hujah pihak lawan. Penerangan bukan dalam bentuk hujahan, tetapi analisis mengenai apakah pemahaman ANDA terhadap hujah tersebut.
Kemudian, bina bidasan dalam bentuk cadangan hujah yang responsif terhadap ‘penerangan hujah’ sebentar tadi. Rantaian bidasan lebih kurang beginilah: What they plan to say – what they really say – what they suppose to say.
Lebih manis jika pendebat ketiga hadir dengan bekalan fakta yang mencukupi untuk usul berkenaan dan fakta berkenaan diselitkan dalam cadangan hujah di atas.
Ketiga, anda boleh lakukan perkara sama untuk bidasan konsep. Oleh kerana ruang masa lebih fleksibel lantaran kekurangan input daripada pihak lawan, pendebat ketiga bolehlah mengambil masa sedikit lama untuk membidas konsep pihak lawan.
State the obvious. Perlu nyatakan kelemahan ketara pihak lawan kepada hakim. Jangan ada tanggapan: takkanlah hakim tak sedar. Jangan. Cuma, cara membongkar kesilapan itu perlulah dilakukan dengan gaya mengajar atau membantu – bukan mencerca.
Situasi 2: Pasukan Sendiri Terlalu Lemah
Situasi ini boleh wujud dalam beberapa keadaan. Misalnya, pasukan anda memang lemah dari garis mula. Kes kabur, hujah longgar, fakta kurang; atau pasukan anda mungkin stabil pada awal perdebatan namun semakin longlai dek kerana asakan pihak lawan yang tajam dan berkesan.
Dalam mana-mana situasi, pendebat ketiga berhadapan dilema sama ada untuk meneruskan bidasan yang sudah disiapkan atau menukar sedikit peranan untuk membangunkan kes yang berantakan. Beberapa pandangan tentang situasi ini telah saya beri di atas.
Apa lagi yang boleh dilakukan?
Pertama, jangan putus asa. Saya amat mengerti musnahnya semangat juang apabila tiada lagi ruang yang kelihatan untuk menguatkan kembali kes pasukan. Saya faham. Cuma, selagi ucapan penggulungan kerajaan belum tamat, selagi itulah keputusan debat tidak diketahui.
Sekurang-kurangnya kalau mahu berundur dari gelanggang, you do it with honor. Jangan menyerah sebelum pertarungan tamat. Jangan.
Kedua, ambil masa ketika bidasan konsep pihak lawan untuk menerangkan semula kes sendiri. Teknik ini saya akui memang sukar, namun buahnya manis andai berjaya dilaksanakan.
Caranya, pilih komponen kes pihak lawan yang ingin dibidas. Kemudian, jadikan penerangan semula kes pasukan untuk membidas komponen tersebut.
Penerangan semula bukan bermaksud mengulang ayat demi ayat yang dibentang oleh pendebat pertama, tetapi pendebat perlu fikir cara lain untuk menerangkan kes.
Rantaian bidasan konsep lebih kurang beginilah: komponen kes lawan: apa yang lemah: lemah, maka tidak berkesan menyerang kes pasukan: maka kes pasukan kekal: apa yang kekal.
Mesej yang ingin disampaikan oleh pendebat ketiga dalam membantu pasukan yang kelemasan bukannya “Oh my God. That’s it. We’re dead.” – tetapi “We are still in this fight. No matter what.
Setakat ini dahulu.

-syamiebosco-


Format Debat BM 1st Speaker


KERAJAAN 

Step 1 : Pendefinisian Usul 
-Pecahkan usul ikut i)subjek ii)predikat iii)titik tolak perdebatan
-Gunakan 5W1H

Contoh : Sambutan Kemerdekaan Hanya Ikut Ikutan
 Pecahan pertama : Subjek : Sambutan Kemerdekaan
Pecahan Kedua     : Predikat : Ikut Ikutan
Pecahan Ketiga     : Titik Tolak Perdebatan : HANYA ikut-ikutan

-Letak matlamat perdebatan (tak letak pun tak apa sbb tak semua usul ada matlamat perdebatan) 
-Guna perkataan 'demi'
Contoh usul yang ada matlamat perdebatan : AUKU perlu dimansuhkan "Demi kebebasan mahasiswa"
-Jika pihak kerajaan letak matlamat perdebatan maka semua penghujahan samaada kerajaan@pembangkang mesti bersandarkan matlamat tu,kalau tak hujah ditolak~

Step 2 : Konsep perdebatan

-gunakan Melihatkan Kepada (sebab menerima usul)
-Letak Kayu Ukur (perkara yg nk ditunjuk dalam setiap penghujahan)

Contoh : Kami menyokong usul m/k tindakan-tindakan rakyat Malaysia semasa sambutan kemerdekaan
Kayu ukur : Kami ukur tindakan2 ini apabila i) ia membawa kesan buruk ii)ia tidak menunjukkan semangat patriotik
                   dan kami akan tunjukkan dalam setiap penghujahan kami dua kayu ukur ini
Step 3 : Beban Bukti

-Tuntutan pihak kerajaan terhadap pembangkang
Cth: i)Buktikan Sambutan Kemerdekaan disambut dengan penuh patriontik bukan sekadar ikut-ikutan
ii)Tunjukkan Sambutan Kemerdekaan satu lambang patriotik rakyat malaysia bukan hanya tradisi 
-Skrg2nya dua

Step 4 : Strategi perdebatan

Susunan perdebatan di meja pihak kerajaan
Cth: "Bangkit saya selaku PM akan membawakan satu hujah di bwh kata kunci [kata kunci hujah]
Bangkit pula TPM akan membawakan satu@dua hujah di bwh kata kunci   [kkh]&[kkh]
Bangkit pula menteri Pertahanan (3rd speaker) akan membidas semua hujah2 pincang pihak pembangkang

Step 5: Penghujahan

i)kata kunci hujah (tajuk hujah)
ii)definisi kata kunci--->5W1H
iii)Bukti/Fakta Kes
iii)Kesimpulan
iv)Kaitkan hujah dengan kayu ukur

Step 6: Sentimen (pilihan nak buat ke tak)

Cth : "TYDP,jgn sampai sambutan Hari Merdeka kita hanya tradisi tnpa penghayatan,menyebabkan hilang terus semangat patriotik rakyat Malaysia,mohon utk terus mencadang"

Sekian,Wallahu'alam~~

**Hat Ketua Pembangkang punya nanti la :D




ahmadfaizzidiazman


-hime-

Sunday 19 August 2012

tema liga debat tuan haji abdullah 2012



assalamualaikum..
kepada adik² para peserta 
pertandingan debat piala tuan haji abdullah 2012
berikut adalah tema dalam pertandingan tersebut
harap bersedia dengan fakta² anda...
bittaufiq wannajah ;)



Konteks Hiburan dan Penerimaannya Oleh Masyarakat 

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya 

Menyingkap Nostalgia Lama

Perbincangan Secara Mantik  

Semua Sayangkan Hijau! 

Isu Hal Ehwal Malaysia denganRemaja HariIni

Aku, Dia dan Ummah

Lelaki adalah Pelindung Kepada Wanita dan Pemimpin Masa Depan.


  
Islam Menegah Perbuatan Menzalimi Makhluk Ciptaan Illahi.


Keharmonian Hubungan Masyarakat Majmuk di Malaysia


  
Antara Demokrasi dan Syura, Kedua-duanya Mencipta Keamanan.






-hime-

Thursday 16 August 2012

h0mew0rk raye~

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
kepada adekk2 junior yg tersayang~
nie ade sedikit latihan utk anda,,
org akan beri korg usul sorg satu
hence each of you have to do some research 'bout the motion given
the most important thing is the status quo, problem statement and you MUST build a case for both side (gov & oppo) for the motion given..
this task are quiet easy and it's verily useful to all of you. therefore you NEED TO complete the task given! thanks..
 tugasan akan diagihkan mengikut nama seperti berikut ;)

muslimin

Faizz              
 - Dewan Ini Percaya Kita Matang Berpolitik
Munir
Misi bantuan keamanan perlu imuniti
Iqbal              
- Kelestarian Alam Sekitar Membina Ketamadunan Bangsa
Hudzaifah      
 - Bola Sepak Malaysia: Hampas Bukan Teras.
Betty              
 -  harapkan pagar, pagar makan padi
Pa'an               
Dewan Ini Percaya Pertandingan Ratu Cantik Satu Eksploitasi Kepada   
  Golongan Wanita.
Rahimi            

Integriti: Pendidikan Lebih Berkesan Daripada Penguatkuasaan.
MABA            
- Perpaduan Perlukan Paksaan
Muslim           
- Parlimen Belia Idealistik
Azarul             
Lanjutkan Usia Persaraan Tindakan Wajar.
Syahmi           
Bank Dunia Penyelamat Negara Dunia Ketiga



muslimat


  • Aisyah Kamaluddin -Sistem Pendidikan Malaysia dan Perpaduan:Seiring Sejalan

  • amira aqila               - 
     Gaji Wakil Rakyat Wajar Dinaikkan

      • Hanis Safiyyah        - 
         Dewan Ini Akan Mewajibkan Pendidikan Pra Sekolah

      • Aisyah Junaini        -  
        Sudah Tiba Masanya Hukuman Mati Dimansuhkan

      • Aliah Zalani            - 
        Kempen Membaca : Kita Tidak Prihatin

      • Hanisah bohari       - 
        1 Malaysia Itu Jawapannya 

      • Sarah Syamimi      - 
        Air Asia Punca MAS Lemas

      • Nur Fatihah            - 
        Diam tanda setuju








semoga kalian dapat menyiapkan tugasan yang tidak seberapa ini..
percayalah! sesiapa yang paling mendengar kata, in sha Allah dia yang paling berjaya :)
kami lakukan yang terbaik semoga anda menjadi yang terbaik..
maka, H.A.R.G.A.I.L.A.H..

SEKIAN ASSALAMUALAIKUM



              04:18-17/08/2012
 -hime-

Wednesday 15 August 2012

Komuniti Ekonomi ASEAN 2015




BALI 16 Nov. – Malaysia yakin hasrat mewujudkan Komuniti Ekonomi ASEAN akan tercapai menjelang tahun sasarannya, 2015, kata Menteri Perdagangan Antrabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Katanya, pelaksanaan langkah-langkah komuniti ASEAN itu amat menggalakkan yang secara keseluruhannya telah mencatat pencapaian 75.6 peratus bagi Fasa 1 (2008-2009) dan Fasa 2 (2010-2011).
‘‘Peratusan pelaksanaan bagi Malaysia pula adalah 88.5 peratus bagi kedua-dua fasa,’’ katanya pada sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di sini hari ini.
Beliau sebelum itu menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) di Pusat Konvensyen Nusa Dua Bali di sini menjelang Sidang Kemuncak ASEAN Ke-19 esok.
Isu berkaitan integrasi ekonomi dalaman ASEAN serta hubungan dengan rakan-rakan dialog ASEAN turut disentuh pada mesyuarat hari ini.
Menurut Mustapa, dengan tercapainya Komuniti Ekonomi ASEAN ini, ia akan membawa faedah berganda kepada ASEAN iaitu integrasi ekonomi lebih kukuh dan menjadi destinasi pelaburan perdagangan yang hebat di rantau ini.
Pada masa yang sama beliau yakin pencapaian itu akan memberi faedah kepada 600 juta penduduk ASEAN yang terbahagi kepada kumpulan negara maju, negara membangun dan negara kurang maju.
‘‘Hasrat kita untuk membawa kemakmuran kepada kesemua negara ASEAN di samping mengurangkan perbezaan pendapatan antara kaya dan miskin,’’ katanya.
Matlamat akhirnya adalah untuk memastikan rakyat ASEAN menikmati pendapatan yang lebih tinggi serta mengurangkan jurang antara negara kurang maju dengan negara maju.
Beliau juga memberitahu, mesyuarat AEM hari ini turut membincangkan perkembangan Hala Tuju Strategi Ekonomi 10 Tahun ASEAN-Jepun dan permohonan Hong Kong untuk menyertai Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China.
Katanya, ASEAN mengakui Jepun merupakan salah satu rakan dagang dan sumber pelaburan utama bagi negara-negara anggota dengan nilai perdagangan mencapai AS$203 bilion atau 9.74 peratus daripada jumlah perdagangan ASEAN pada tahun 2010.
Justeru, ASEAN menyedari terdapat potensi besar untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan di antara Jepun dan negara-negara ASEAN.
Katanya, mesyuarat bersetuju agar hala tuju atau roadmap yang dirangka mengambil kira tiga aspek utama iaitu integrasi pasaran ASEAN dan rakan-rakan perdagangan; mengukuhkan kerjasama ekonomi ke arah struktur industri yang lebih maju serta berteknologi tinggi; meningkatkan kualiti pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
Katanya, jangka masa bagi pelaksanaan hala tuju itu akan dibahagikan kepada Fasa 1 (2011-2015) dan Fasa 2 (2015-2022).
Mengenai hasrat Hong Kong untuk menyertai FTA ASEAN-Jepun, Mustapa berkata, belum ada sebarang keputusan mengenainya sebaliknya mesyuarat berpendapat ia memerlukan kajian mendalam berhubung aspek undang-undang dan teknikal.
‘‘Perkara ini agak rumit, oleh itu, pegawai-pegawai kanan ekonomi ASEAN akan menjalankan kajian bagi menilai manfaat ekonomi dan implikasi sekiranya hasrat Hong Kong diterima,’’ katanya.
Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN juga sedang membincangkan modaliti bagi memperluaskan ASEAN + 1 FTA yang melibatkan ASEAN, China, Jepun, Korea, India, Australia dan New Zealand.
‘‘Mesyuarat juga mengambil maklum bahawa walaupun import duti telah dimansuhkan bagi hampir semua produk tetapi masih wujud halangan bukan tarif yang membataskan keberkesanan pelaksanaan kawasan perdagangan bebas ASEAN,’’ katanya.


           
                                                                                                                         
                         -hime-