Saturday 15 December 2012

REAKSI PBB TERHADAP SERANGAN ISRAEL



Usaha bincang isu serangan Israel dapat reaksi positif PBB

Cetak Emel Kawan
PUTRAJAYA: Usaha Malaysia supaya diadakan Sidang Khas Tergempar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), membahaskan isu serangan Israel ke atas konvoi kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin, bulan lalu serta serangan rejim terhadap Palestin, mendapat reaksi positif daripada negara anggota.

Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay, berkata Malaysia kini mengetuai usaha untuk mendapatkan sokongan supaya Sidang Khas Tergempar itu dapat diadakan.
Katanya, Kerajaan Malaysia menerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah mengutus surat kepada Presiden Perhimpunan Agung PBB, Presiden dan Setiausaha Agung Majlis Keselamatan PBB; Pengerusi Pergerakan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pengerusi Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) untuk mendapatkan sokongan menganjur-kan sidang khas berkenaan.


“Kementerian Luar juga sudah mengarahkan Wakil Tetap Malaysia ke PBB di New York mendapatkan kerjasama dan sokongan wakil tetap negara sependapat khususnya negara anggota NAM, OIC dan Liga Arab bagi penganjuran sidang khas tergempar itu.

“Satu draf resolusi juga dirangka untuk dibentangkan pada sidang khas tergempar itu yang antara lain menuntut supaya Israel segera menghentikan kepungan atau sekatan ke atas Gaza selaras dengan Resolusi 1860 Majlis Keselamatan PBB, meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberi Advisory Opinion mengenai serangan Israel ke atas Freedom Flotilla dan menuntut segera diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa yang bebas di bawah PBB untuk menyiasat secara menyeluruh serangan Israel,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perkongsian Pengalaman Bersama Sukarelawan Malaysia ke Gaza di Wisma Putra, semalam. 




BY : doo joon junior :)

KRISIS SYRIA TERKINI! 14/12/12



KRISIS SYRIA TERKINI: 14/12/12

:) Bumi Syria menyaksikan serangan paling gila dan hebat dilancarkan oleh tentera rejim dan sekutunya sejak 3 hari lepas sehingga semalam..di mana helikopter, jet2 MIG, meriam dan tank2 rejim memuntahkan ribuan peluru/ roketnya hampir ke seluruh bandar dan pekan khasnya di Aleppo, Homes, dair Zour, Dar'aa dan pinggir Damsyik...bagi pekan Dariya contohnya dlm tempoh 3 jam shj lebih 200 roket dilepaskan rejim ke atas pekan kecil ini namun ia dibalas dengan penentangan yg begitu hebat oleh pejuang2...

:) Sebuah lagi pesawat MiG rejim berjaya ditembak jatuh di pinggir Damsyik ....manakala beberapa buah kereta kebal rejim berjaya dimusnahkan dalam beberapa pertempuran di sekitar Ghutah Timur Damsyik semalam..

:) Lebih 200 org askar rejim terkorban dlm pertempuran disekitar Bait Sahm, Aqraba dan pekan2 di pinggir Damsyik dlm pertempuran 2 hari lalu..manakala lebih 200 org berjaya ditawan...beberapa ghanimah perang berjaya dirampas dari rejim.. ..

:) Kemaraan pejuang FSA utk membebaskan Damsyik kian menghampiri matlamatnya bila menteri luar Rusia sendiri sudah mengakui dan menyatakan rejim Nusairi kini semakin menghampiri penghujung kekuasaannya....ini bila semakin banyak kemenangan yg ditempa oleh pejuang di seluruh Syria termasuk di sekitar Damsyik dalam tempoh seminggu ini..


:) Angka korban kejahatan rejim di seluruh Syria semalam ialah 137 org..

:) Pimpinan pejuang kini sudah berikrar akan merampas kembali lembah Golan dari Israel setelah berjaya membebaskan Syria dari rejim Assad nanti.. inilah antara pejuang Syria yg menggerunkan Israel di sempadan...




BY : doo joon junior :)