Saturday, 30 July 2011

aNugeRaH NoBeL

Hadiah Nobel dalam Fizik (SwedenNobelpriset i fysikInggerisNobel Prize in Physics) dianugerahkan setahun sekali oleh Akademi Sains Diraja Sweden, sebagai salah satu dari lima Hadian Nobel yang ditubuhkan atas wasiat Alfred Nobel pada tahun 1895 dan dianugerahkan sejak tahun 1901; hadiah-hadiah lain ialah Hadiah Nobel dalam KimiaHadiah Nobel dalam KesusasteraanHadiah Keamanan Nobel, dan Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan. Hadiah Nobel pertama dalam bidang fizik dikurniakan kepada Wilhelm Conrad Röntgen yang berbangsa Jerman, "sebagai pengiktirafan kepada jasa luar biasa beliau melalui penemuan sinar-sinar luar biasa (atau sinar X)." Anugerah ini ditadbir oleh Yayasan Nobel dan dipandang ramai sebagai anugerah paling berprestij yang boleh diraih oleh mana-mana ahli sains yang menceburi bidang Fizik. Hadiah ini dipersembahkan di majlis penganugerahan tahunan pada setiap 10 Disember (ulang tahun pemergian Nobel) di kota Stockholm

Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan (SwedenNobelpriset i fysiologi eller medicinInggerisNobel Prize in Physiology or Medicine) dikurniakan setahun sekali oleh Institut Karolinska di Sweden, sebagai salah satu dari lima Hadiah Nobel yang ditubuhkan menurut wasiat Alfred Nobel pada tahun 1895, selain Hadiah Nobel dalam bidang FizikKimia,Kesusasteraan dan Keamanan sejak tahun 1901. Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan pertama dikurniakan kepada ahli fisiologi Jerman bernama Emil Adolf von Behring pada tahun 1901, kerana "sumbangannya kepada terapi serum, terutamanya kegunaannya untuk merawat difteria, yang mana beliau membuka jalan baru dalam bidang sains biologi dan dengan itu meletakkan senjata kemenangan terhadap penyakit dan maut placed di tangan tabib." Anugerah ini ditadbir oleh Yayasan Nobel dan dipandang sebagai anugerah paling berprestij yang boleh diraih oleh saintis menceburi bidang-bidang ini. Hadiah Nobel ini disampaikan di upacara tahunan di Stockholm pada 10 Disember, iaitu ulang tahun kematian Nobel, yang mana pemenangnya menerima hadiahnya dari Raja Sweden yang berbentuk diploma, pingat dan dokumen yang mengesahkan nilai hadiahnya


Hadiah Nobel dalam Kimia (SwedenNobelpriset i kemiInggerisNobel Prize in Chemistry) ialah anugerah tahunan yang dikurniakan oleh Akademi Sains Diraja Sweden kepada ahli-ahli sains yang menceburi pelbagai bidang kimia. Hadiah ini merupakan salah satu daripada lima Hadiah Nobel tahunan yang ditubuhkan mengikut wasiat Alfred Nobel pada 1895, untuk dihadiahkan kepada penyumbang cemerlang dalam bidang kimia, fiziksasterakeamanan, dan fisiologi atau perubatan. Anugerah ini ditadbir oleh Yayasan Nobel dan dihadiahkan oleh sebuah Jawatankuasa Nobel yang terdiri daripada lima ahli yang dilantik oleh Akademi Sains Diraja Sweden. Hadiah Nobel dalam Kimia pertama dianugerahkan kepada Jacobus Henricus van 't Hoff dari Belanda pada tahun 1901, "kerana penemuan hukum-hukum dinamik kimia dan tekanan osmosis dalam larutan." Anugerah ini disampaikan di majlis tahunan di kota Stockholm pada setiap 10 Disember, iaitu ulang tahun pemergian Nobel.



Hadiah Keamanan Nobel (bahasa Sweden dan NorwayNobels fredspris) ialah nama bagi salah satu daripada lima Hadiah Nobel yang diturunkanoleh Alfred Nobel, seorang industrialis dan pencipta berbangsa Sweden. Menurut wasiat Nobel, Hadiah Keamanan sewajarnya dianugerahkan kepada"tokoh yang akan melakukan kerja terbanyak atau terbaik demi persaudaraan antara bangsa, untuk pembubaran atau pengurangan tentera-tenterayang masih ada dan untuk menganjuran dan promosi kongres keamanan".
Hadiah Keamanan ini dianugerahkan setiap tahun di Osloibu negara Norway. hadiah sebenarnya sentiasa dianugerahkan pada 10 Disember, iaitu ulang tahun pemergian Nobel. Raja Norway sentiasa menghadirinya. Selama sedekad yang berlalu, Upacara Hadiah Keamanan Nobel di Dewan Bandaraya Oslo sentiasa disusuli pada hari kemudian oleh Konsert Hadiah Keamanan Nobel yang disiarkan di lebih 150 negara dan lebih 450 juta rumahtangga di seluruh dunia. Pemilihan penerima Hadiah Keamanan Nobel kadang-kadang menimbulkan kontroversi, kerana senarai pemenangnya merangkumi tokoh-tokoh yang pernah menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah, tetapi kemudiannya melakukan konsesi luar biasa tanpa kekerasan dalam cubaan mencapai keamanan

Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan (SwedenNobelpriset i litteraturInggerisNobel Prize in Literature) ialah penghargaan tahunan yang dikurniakan kepada mana-mana pengarang dari mana-mana negara yang "telah menghasilkan karya berkecenderungan idealistik yang paling cermelang dalam bidang kesusasteraan" (den som inom litteraturen har producerat det utmärktaste i idealisk riktning) menurut wasiat Alfred Nobel.[1][2] Setiap tahun, Akademi Sweden memutuskan siapa yang bakal menerima hadiah ini dan mengumumkan pemenangnya pada awal bulan Oktober

No comments:

Post a Comment