Showing posts with label informasi ;). Show all posts
Showing posts with label informasi ;). Show all posts

Wednesday, 23 November 2011

pilihan raya kecil

ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKATUH...

~POLITIK~

Insya'Allah, ini keputusan 3 pilihanraya kecil yang baru berlangsung baru-baru ini..

DUN Batang Air, Sarawak (2 calon)

Keputusan Penuh: 
• Majoriti: 1,854 
• Undi Rosak: 59 
• Jumlah Undi: 6,019 
• % Mengundi: 75.32% 
• Pemenang: Malcolm Mussen anak Lamoh (BN)- 3907 undian

PROFIL KAWASAN
* Pemilih Berdaftar - 8,006 (7,963 pemilih biasa dan 43 pemilih pos)
* 95% pengundi Iban / 3.5% Cina / 1.5% Melayu/Melanau

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 2008
* Datuk Dublin Unting Ingkot (BN) - 3,295 undi
* Nicholas Bawin Anggat (Snap) (2,489 undi)


DUN Bukit Selambau, Kedah (15 calon)

Keputusan Penuh:
* Majoriti: 2,403
* Undi Rosak: 415
* Jumlah Undi: 24,611
* % Mengundi: 70.28%
* Pemenang: S Manikumar (PKR) - 12632 undian

INFO KAWASAN
* Pemilih Berdaftar - 35,140
* 50.20% pengundi Melayu / 29.53% India / 19.25% Cina / 1.02% Lain-lain

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 2008
* S Krishnan (BN) - (10,863 undi)
* V Arumugam (Bebas) - 13,225 undi


Parlimen Bukit Gantang, Perak (3 calon)

Keputusan Penuh:
* Majoriti: 2,789
* Undi Rosak: 456
* Jumlah Undi: 41, 626
* % Mengundi: 75%
* Pemenang: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas) - 21860 undian

INFO KAWASAN
* Pemilih Berdaftar - 55,562
* Jumlah Pengundi Pos: 128 undi
* Daerah Mengundi: 38 kawasan
* Pusat Mengundi: 32
* Saluran Mengundi: 112 saluran
* Pecahan kaum: 62% Melayu / 10% India / 27% Cina / 1% Lain-lain
* Ada tiga DUN: Trong, Changkat Jering, dan Kuala Sepetang

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 2008
* Datuk Abdul Zim Zabidi (BN) - (18,449 undi)
* Roslan Shaharum (Pas) - 20,015 undi
* M Morgan (Bebas) - 872 undi

senarai penuh kabinet baru ;)

Kepada semua warga Malaysia,seperti mana yang telah semua maklum bahawasanya Perdana Menteri kita telah beralih tampuk kepada Datuk Seri Najib Tun Razak

Seiringan dengan itu, kabinet lama telah dibubarkan dan digantikan dengan kabinat baru

Kepada Komuniti Debat KISAS, sila peka dengan perubahan ini.

PERDANA MENTERI: Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah
MENTERI KEWANGAN: Datuk Seri Najib Tun Razak
MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin
MENTERI PELAJARAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi
MENTERI PENGANGKUTAN: Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin
MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR: Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:Noriah Kasnon
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
MENTERI PENGAJIAN TINGGI: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:Fadillah Yusof
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:Tan Sri Joseph Kurup
MENTERI PELANCONGAN: Datuk Ng Yen Yen
Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI: Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim
MENTERI PERTAHANAN: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
MENTERI KERJA RAYA: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:Datuk Yong Khoon Seng
MENTERI KESIHATAN: Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:Datuk Rosnah Rashid Shirlin
MENTERI BELIA DAN SUKAN: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng
MENTERI SUMBER MANUSIA: Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:Datuk Maznah Mazlan
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN: Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:Datuk Lajim Ukin
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun
MENTERI LUAR: Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:Datuk M.Saravanan

selsema BABI?? (kes dulu2)

WHO GESA KERAJAAN SEDIA TANGANI WABAK


WASHINGTON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa semua kerajaan bersiap sedia menangani wabak selesema babi dan memberi amaran jika penyakit itu merebak ke seluruh dunia ia akan menjadi bencana besar kepada negara paling miskin.

Gesaan dibuat ketika bilangan jangkitan yang disahkan meningkat kepada lebih 100 di empat benua dan ketua Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat, Richard Besser, berkata virus itu hampir pasti meragut nyawa di negara itu.

"Saya memang menjangkakan akan menerima laporan kematian akibat jangkitan ini," katanya.

Malam kelmarin, Gabenor California, Arnold Schwarzenegger, mengisytiharkan darurat berikutan pengesahan 13 kes penyakit itu.

Di New York, pegawai berkata 18 pelajar dua sekolah diuji untuk selesema babi selepas menunjukkan gejalanya, dan pesuruhjaya kesihatan bandar raya itu berkata 'beratus-ratus' kanak-kanak lagi yang jatuh sakit mungkin dijangkiti virus berkenaan, walaupun semuanya beransur pulih. � Agensi

subjek spm?

KUALA LUMPUR: Bilangan subjek teras Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dikurangkan kepada tiga atau empat, berbanding enam sekarang selaras keputusan mengehadkan maksimum 10 mata pelajaran yang boleh diambil calon peperiksaan itu, mulai tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata pengurangan subjek teras itu akan membolehkan calon SPM dalam semua aliran pendidikan, termasuk agama mengambil lebih banyak mata pelajaran elektif mengikut keperluan bidang pengkhususan dan minat masing-masing. 

Ketika ini, calon SPM wajib mengambil enam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral. 

"Apabila jumlah mata pelajaran teras dikurangkan kepada tiga atau empat, setiap calon akan dikehendaki mengambil minimum enam sehingga maksimum 10 subjek dalam peperiksaan itu.

"Ini bermakna calon masih berpeluang mengambil beberapa subjek elektif lain yang diminati tanpa perlu mengorbankan pemilihan mata pelajaran elektif dalam bidang pengkhususan mereka," katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau memberi contoh, calon dalam aliran sains dapat mengambil mata pelajaran elektif Biologi, Kimia, Fizik serta Matematik Tambahan dan pada masa sama boleh memilih dua atau tiga subjek lain yang di luar bidang aliran pendidikan mereka seperti Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas.

Alimuddin berkata, calon dari aliran agama juga mempunyai peluang mengambil subjek yang mencukupi dalam bidang pengkhususan mereka, seperti Tasawwur Islam, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah.

Beliau mengulas kebimbangan ibu bapa dan pelajar aliran agama mengenai kekangan untuk mengambil mata pelajaran elektif dalam bidang pengkhususan mereka berikutan keputusan Kementerian Pelajaran mengehadkan pengambilan maksimum 10 subjek dalam SPM yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin.

Kebimbangan sama turut disuarakan ibu bapa dan badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat India ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.
Samy Vellu dalam kenyataannya semalam, meminta Kementerian Pelajaran mengkaji semula peraturan itu kerana berpendapat ia akan menghalang pelajar keturunan India daripada mengambil kedua-dua kertas Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil dalam peperiksaan itu.

Mengenai subjek teras yang akan dikeluarkan dan dijadikan mata pelajaran elektif, Alimuddin berkata ia masih terbuka kepada sebarang pandangan daripada pihak lain.

"Kementerian dalam peringkat akhir menambah baik keseluruhan cadangan penstrukturan semula SPM, termasuk dari segi penentuan mata pelajaran teras serta sistem penggredan peperiksaan itu, yang dijangka siap dalam satu atau dua minggu lagi.

"Apabila siap, ia akan dibincangkan dalam mesyuarat profesional kementerian sebelum dibentangkan kepada Menteri Pelajaran untuk kelulusan dan sekiranya diminta Menteri Pelajaran, nota Kabinet akan turut disediakan," katanya.

Mengulas lanjut, Alimuddin menegaskan langkah mengehadkan pengambilan subjek dalam SPM tidak akan menimbulkan masalah besar kerana berdasarkan statistik, tahun lalu tidak sampai 10 peratus atau kira-kira 38,000 daripada 480,000 calon SPM mengambil lebih 10 mata pelajaran. 

Beliau menasihatkan calon tidak membuat pemilihan subjek elektif secara 'caca marba' atau 'bertindih', sebaliknya menumpukan pengambilan mata pelajaran mengikut pengkhususan masing-masing berdasarkan keperluan kelulusan untuk memasuki bidang pengajian tertentu di universiti kelak. 

Justeru, katanya, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) amat penting bagi menentukan kecenderungan penguasaan bidang ilmu seseorang pelajar untuk membolehkannya mengkhusus dalam aliran pendidikan berkenaan mulai Tingkatan Empat.

"Kementerian berharap ibu bapa dan pelajar memahami langkah ini (mengehadkan bilangan subjek boleh diambil calon SPM). Antara tujuannya ialah untuk mengelakkan calon mengabaikan aktiviti kokurikulum. 

"Apabila mengambil terlalu banyak subjek, mereka tiada masa kerana terpaksa mengikuti tuisyen bagi mata pelajaran elektif yang tidak diajar di sekolah. 

"Ada banyak aduan bahawa sistem pendidikan negara ketika ini seolah-olah terlalu berorientasikan peperiksaan semata-mata sedangkan konsep sebenar pendidikan ialah gabungan penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai murni bagi melahirkan modal insan cemerlang," katanya.
KEBAIKAN
1) "Guru akan berupaya memberi lebih tumpuan terhadap bilangan mata pelajaran utama dan guru juga akan lebih khusus", kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
- Guru sudah membuktikan kemampuan mereka dalam membantu pelajar berjaya dengan cemerlang dalam SPM.
- Pemerkasaan institusi perguruan adalah penyelesaian lebih praktikal berbanding mengehadkan subjek dalam SPM.
2) Untuk mengelakkan calon mengabaikan aktiviti kokurikulum.
3) Untuk menyeimbangkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum setiap pelajar.
KEKURANGAN
1) Menghalang pelajar keturunan India daripada mengambil kedua-dua kertas Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil.
1) Subjek agama di sekolah agama akan dipinggirkan kerana ingin memfokuskan kepada subjek teras dan sains semata-mata.
2) Melahirkan kebimbangan kemungkinan pelajar sekolah aliran agama terpinggir dalam jangka masa panjang terutama pelajar yang turut meminati bidang sains.
3) Menyekat kebebasan individu yang berminat menggabungkan ilmu agama dan sains.
Contohnya, seseorang calon mesti mengambil enam subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik dan Sains. Dengan mengehadkan 10 subjek, seseorang calon hanya boleh mengambil empat lagi subjek iaitu Bahasa Arab Tinggi, Tasawwur Islam, Pendidikan al-Quran dan as-Sunah serta Pendidikan Syariah Islam. Ini bermakna, calon terbabit tidak lagi dapat mengambil subjek seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan.
4) Asas pemahaman sains mesti dibentuk daripada awal, bukan menyekatnya pada peringkat awal. Jika pemisahan ini berlaku, pelajar Islam akan ketinggalan berbanding pelajar lain.

hiperinflasi

Hiperinflasi.

menurut istilah ekonomi :
hilangnya kawalan akibat kenaikan harga barangan yang disumbangkan oleh kejatuhan luar biasa nilai wang sesebuah negara.
contoh : Afghanistan dan Yugoslavia mengalami kejatuhan nilai mata wang yang besar iaitu terpaksa membayar beratus-ratus keping wang kertas untuk sekeping US$1.

ancaman hiperinflasi ini berasal dari negara yang dilanda konflik. ia akan turut menyerang negara-negara maju ; iaitu sesuatu yang boleh menimbulkan bencana kewangan peringkat global. 

fakta : negara yang pernah mengalami hiperinflasi.

1) Jerman.
-sebelum tercetusnya perang dunia pertama , kebanyakan mata wang Eropah disandarkan kepada emas [bretton woods] dan mempunyai nilai yang hampir setara dengan nilai dolar AS. namun begitu , selepas munculnya peperangan , Jerman mengambil langkah mudah dengan mencetak banyak wang kertas mereka untuk membiayai peperangan tanpa mengambil kira lagi sandarannya kepada emas. akibat kebanjiran wang kertas ini , nilai mark menjunam kepada 1trillion mark = US$1.

2) Amerika Syarikat.
-AS mencetak berbilion dolar untuk membiayai peperangan di Vietnam awal tahun 1970. akibat daripada terlebihnya wang kertas dolar AS dalam pasaran , nilai sebenar atau intrinsik wang ini telah hilang secara besar-besaran berbanding dengan wang yang masih disandarkan lagi kepada nilai emas atau komoditi.

3) Amerika Latin pernah mengisytiharkan muflis.

4) Filipina terselamat dengan adanya bantuan IMF.

melihat kepada situasi kini , kelemahan nilai mata wang contohnya di AS boleh menjadi petanda bahawa hiperinflasi sedang berlaku dalam tidak sedar. akibat daripada krisis subprima di AS dan pelbaga susulah krisis yang lain , kerajaan negara itu berbolak-balik adakah mahu mencetak lagi wang kertas mereka. 

ulasan peribadi :

1) AS tidak perlu mencetak wang kertas mereka sebanyak mungkin lagi. Hal ini kerana AS boleh menjalankan sistem bretton woods seperti sediakala agar dapat menjamin nilai tetap sesebuah nilai mata wang. Justeru , boleh mengambil langkah awal bagi krisis yang mendatang.

2) umumnya hiperinflasi berlaku disebabkan oleh peperangan. justeru , peperangan boleh dielakkan bagi mencegah daripada implikasi ekonomi sesebuah negara berlaku. tempoh penyembuhan bagi hiperinflasi mengambil masa yang agak lama kerana perlu menunggu agar nilai mata wang sesebuah negara naik kembali. Juga , perlu mengambil langkah bijak dalam menangani isu-isu dalam negara sendiri. 

sekadar itu dulu

6 NKRA

Najib Umum Enam NKRA Dan Senarai Menteri Yang Menerajuinya

PUTRAJAYA, 27 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah.

Bidang-bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

"Saya ingin mengisytiharkan bahawa bagi setiap NKRA, seorang menteri akan dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan," katanya ketika berucap di majlis Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran dan penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Menurutnya bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran), manakala bagi mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri), dan NKRA memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), dan menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan).

"Hari ini saya akan letakkan KPI kepada 6 jurusan NKRA tersebut. Untuk setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPInya dengan sasaran khusus agar dapat diukur.

"Dengan adanya KPI ini, maka segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang dipateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan," katanya.

Najib berkata kerajaan komited melakukan proses transformasi melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan pengukuran KPI.

Beliau berkata semua ini dilakukan bagi memastikan akhirnya rakyatlah yang akan memperoleh segala faedah nanti.

Menurutnya beliau selaku Perdana Menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA dan pencapaian KPI tersebut.

"Setiap minggu saya akan berjumpa dengan setiap 'lead minister' ini bagi menilai pencapaian KPI yang ditentukan. Maknanya dalam setiap enam minggu, saya akan dapat menyelesaikan satu pusingan penilaian pencapaian bagi enam lapangan NKRA seperti yang direncanakan," katanya.

Sehubungan itu, Najib berkata anggota Jemaah Menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA pula tidak terkecuali daripada mempunyai KPI kerana mereka tetap dipertanggungjawab untuk mencapai KPI kementerian masing-masing, yang akan dinilai oleh Perdana Menteri sendiri setiap enam bulan.

Beliau mengakui pengenalan NKRA dan KPI bukan satu perkara yang baru, namun menurutnya "keluasan dan keperincian inisiatif" yang ditekankan pentadbiran sekarang adalah sesuatu yang "belum pernah ditampilkan sebelum ini" dan menjadi tanda aras yang terkini.

"Selain itu sesuai dengan pengumuman saya ketika berucap merasmikan majlis perjumpaan bersama perkhidmatan awam mengenai 'cross-fertilisation', suka saya umumkan bahawa 20 nama kakitangan kerajaan dan 20 kakitangan GLC sudah dikenal pasti untuk ditempatkan dalam program ini yang dijadualkan bermula 1 Sept ini," katanya.

Najib berkata sebagai ketua kerajaan beliau insaf bahawa yang akan menilai kepimpinan beliau akhirnya adalah rakyat sendiri.

"Saya sedar bahawa apa yang digariskan hari ini adalah sesuatu yang monumental. Ia melibatkan komitmen mendalam dan tuntutan yang tinggi kepada anggota pentadbiran dan penjawat awam secara kolektif.

"Yang nyata, amanah yang diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan di atas jemala pentadbiran ini bukanlah perkara yang mudah, sebaliknya saya bertanggungjawab untuk membuat perkara yang betul walaupun ia sukar.

"Jelas sekali kita tidak punyai pilihan, sama ada bergerak maju ke hadapan dengan penuh yakin, atau mengambil risiko untuk ditinggalkan dalam perlumbaan global yang sengit," kata Perdana Menteri.

WallahuA'lam.

politik ; pakistan n malaysia

 


Bismillahirrahmanirrahim

Pakistan, Malaysia saling bekerjasama

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Malaysia dan Pakistan boleh bekerjasama untuk meraih bahagian pasaran halal dunia yang lebih besar, kata Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Perdagangan Pakistan, Syed Mohibullah Shah, hari ini.
Kelebihan utama Malaysia adalah kepakarannya dalam teknologi dan pensijilan makanan halal manakala Pakistan boleh menyumbang dari segi bahan mentah seperti daging, susu, ternakan ayam dan itik serta bijirin makanan, katanya dalam mesej yang difakskan dari Karachi.
Beliau berkata, pasaran makanan halal dunia dianggar bernilai AS$632 bilion (RM2.21 trilion) dan berkembang pada kadar tahunan 20 peratus berikutan kemajuan pesat di kalangan negara Islam.
Menurutnya, ketika ini, 85 peratus daripada makanan halal dikeluarkan oleh bukan Islam," justeru itu Pakistan berpendapat ia perlu bekerjasama dengan Malaysia untuk meneroka pasaran secara besar-besaran bagi mendapat bahagian yang sewajarnya".
Syed Mohibullah berkata, Pakistan akan menganjurkan Ekspo dan Kongres Halal Global tahun depan dan berharap Malaysia akan menyokong sepenuhnya acara itu. - Bernama

Wallahu a'lam

kemasukan warga asing wajar dimansuhkan

'Kemasukan warga asing yang terlalu ramai membawa pelbagai masalah kepada rakyat Malaysia'

DEFINISI

Kemasukan warga asing:
membenarkan bukan warganegara masuk ke dalam Malaysia

Wajar dimansuhkan:
tidak membenarkan mana-mana warga asing masuk ke negara walau dengan apa cara sekalipun.

PRO

1. Kekurangan peluang pekerjaan.


-kemasukan warga asing yang ramai menyebabkan ramai rakyat Malaysia menganggur akibat kekurangan peluang pekerjaan. 
-kerajaan lebih memilih untuk mengambil warga asing bekerja kerana
a) gaji lebih murah
b) kurang membuat masalah kerana bukan di negara sendiri (jika membuat masalah, boleh dihantar pulang ke negara asal)


2. Memberi contoh yang buruk


-pengaruh negatif dari luar banyak dibawa masuk ke dalam negara
-anasir-anasir ini banyak merosakkan akhlak rakyat Malaysia
-kesan: Malaysia menghadapi masalah sosial yang boleh menjatuhkan nama negara


3. Menggugat keamanan negara


-warga asing banyak menimbulkan masalah dalam negara.
-jika tiada warga asing, negara akan aman.
-tidak berlaku pergaduhah sesama kaum. contoh: kes 13 Mei 1969


KONTRA.


1. Rakyat Malaysia memilih pekerjaan


-kebanyakan rakyat Malaysia tidak mahu melakukan pekerjaan yang sukar
-tidak mahu menjadi buruh, pembantu rumah. hanya mahu bekerja di pejabat.
-meminta gaji yang lebih mahal dari warga asing.
-warga asing diperlukan untuk mengisi kekosongan pekerjaan yang tidak dikehendaki oleh rakyat Malaysia.


2. Negara sukar maju.


-jika tiada warga asing, negara sukar maju kerana tiada perkongsian idea.
-masing-masing dengan idea sendiri dan tiada sebarang perubahan.
-negara memerlukan perkongsian pendapat dari negara lain untuk maju.
-contoh: Jepun (memajukan negara dengan menjadikan negara lain sebagai modul)


3. Pergaduhan boleh berlaku antara sesiapa sahaja.


-pergaduhan tidak semestinya disebabkan oleh warga asing.
-jika tiada perpaduan, rakyat boleh juga bergaduh sesama sendiri.
-contoh: pergaduhan disebabkan isu politik.

buang bayi ??

Kejadian membuang bayi bukan merupakan satu perkara yang baru. Gejala tersebut telah dikesan lama dahulu dan pernah menjadi heboh beberapa tahun yang lalu. Kini gejala buang bayi diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau mati di merata tempat.
Kalau sebelum ini, kita dikejutkan dengan penemuan bayi di dalam tong sampah, longkang, pintu pagar masjid, bawah pokok, kaki lima, tandas dan depan rumah orang. Tetapi kini cara membuang bayi jauh lebih ekstrem dan tidak masuk dek akal.
Dalam kejadian yang terbaru, seorang bayi telah ditemui mati selepas dibuang daripada atas sebuah flat. Seorang bayi lagi ditinggalkan dalam beg plastik yang diikat rapat. Lebih menyayatkan hati lagi apabila seorang pelajar melahirkan anak di sekolah dan memasukkan bayi yang baru lahir itu ke dalam beg sekolahnya.
Bayi-bayi itu yang dibuang dan sesetengahnya dibiarkan mati hasil daripada keterlanjuran yang dilakukan oleh ibu mereka yang kebanyakannya masih muda remaja. Bayi yang dilahirkan itu hasil daripada perhubungan seks yang dilakukan secara haram dan pergaulan bebas yang sudah menjadi trend bagi masyarakat kita.
~statistik~
Pada tahun 2006, sebanyak 83 kes telah dicatatkan di seluruh negara berbanding 65 kes pada 2000. Sepanjang tempoh 2000 hingga 2006, sejumlah 580 pembuangan bayi telah dicatatkan dengan 48 daripadanya masih merupakan janin. Apa yang lebih membimbangkan lagi ialah pembuangan bayi turut menular di institusi pengajian tinggi (IPT).
~harakah daily~
maka langkah pencegahan dari bertambahnya statistik buang bayi.. perlu diambil segera
gejala buang bayi banyak berlaku kerana "pembuang" bayi ini terdesak dengan perasaan malu
untuk memelihara anak tersebut.. takut menconteng arang ke muka keluarga.
maka buang atau gugurkan bayi merupakan cara "terbaik" bagi mereka..

antara langkah2 yg boleh diambil

1. kerajaan harus meneliti semua dendaan terhadap "pembuang" bayi..
ketatkan lagi dendaan supaya "pembuang" ni takut nak buang..
bayi.. dan kawal pergaulan dia antara laki dan perempuan....

2. didikan agama
-didikan agama perlu diterapkan pada jiwa remaja ..
supaya tahu, faham , jelas hukum pergaulan antara laki dan perempuan.
supaya tahu juga hukum buang a.k.a bunuh bayi x berdosa..

3. penubuhan bank bayi
bank ni berfungsi untuk menjaga bayi yang ibu bapa dia x mampu nak jaga
atau tak diingini . pihak bank akan menjaga bayi ini hingga besar dan boleh hidup berdikari.
dalam tempoh tertentu.. pihak bank boleh beri pada ibu bapa dia semula kalau ibu bapa dia nak.. kalau x nak kasi pada pasangan yang tak ada anak.... so masa depan bayi tersebut lebih terjamin...
4. kempen kempen
-buat kempen kesedaran di sekolah dan IPT
beri kesedaran dengan terangkan hukum 2 dan cara 2 pergaulan
antara laki dan perempuan
kesimpulan
tindakan2 untuk mencegah pembuangan bayi harus dilaksanakan dengan cepat :D

model okonomi baru

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah; dapat mencuri sedikit masa dan kesempatan untuk berkongsi tentang Model Ekonomi Baru [MEB]. Tidak lama lagi Model Ekonomi Baru (MEB) akan diumumkan di negara kita. Teka-teki tentang apakah kandungan model itu masih berterusan.Setakat ini, yang masyarakat tahu hanya inovasi, kreativiti dan pendapatan tinggi. Isi kandungannya secara terperinci masih belum dapat dikenalpasti, sebenarnya.

Walaubagaimanapun, di sini, suka untuk ana kongsikan juga bersama-sama sedikit sebanyak gambaran awal berkenaan MEB meskipun gagasan ini belum lagi diumumkan secara rasmi; Since debaters should always be updated, right?

1) 17/03/2010 : “Model Ekonomi Baru” yang bakal diumumkan oleh kerajaan Najib Razak kini berdepan dengan pelbagai rintangan. Menurut perhitungan asalnya, kerajaan cuba mempertingkatkan pendapatan negara melalui kutipan cukai, dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), lantas mengurangkan kebergantungan terhadap pendapatan petroleum.

Oleh kerana GST adalah “cukai tidak langsung” (Indirect Tax), maka lebih mudah untuk kerajaan menyelaraskan pencukaian, berbanding dengan cukai langsung (Direct Tax). Malah, tekanan yang dihadapi kerajaan lebih rendah, maka GST dianggap sebagai salah satu saluran terbaik untuk kerajaan meningkatkan pendapatannya.

Namun demikian, Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang pada asalnya dijadualkan untuk pembentangan bacaan kali kedua dan ketiga dalam Persidangan Dewan Rakyat ini, telah ditentang hebat oleh pembangkang dan golongan peniaga.
GST ditentang hebat
Malah, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) yang dilihat “berhubungan mesra” dengan kerajaan, turut serta dalam bantahan GST. FMM mengambil kira faktor bahawa kerajaan belum bersedia, jurang pendapatan rakyat melebar, malah ia gagal mengurangkan beban rakyat miskin. Oleh itu, FMM menyimpulkan bahawa kini bukan masanya untuk melaksanakan GST.

Antara alasan yang diberikan termasuklah efisiensi sistem birokrasi yang rendah, sistem pencukaian yang kompleks, meningkatkan beban peniaga dan akan berakhir dengan penambahan beban rakyat.
Penstrukturan semula subsidi
Selain itu, dasar penstrukturan semula subsidi, iaitu mekanisme subsidi bahan api yang pada asalnya akan dilaksanakan mulai 1 Mei tahun ini, telah ditangguhkan berikutan tentangan daripada khalayak ramai, termasuklah pengusaha stesen minyak. Sebagaimana yang diketahui, persiapan mekanisme subsidi ini telah memasuki peringkat terakhir dan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa. Namun, ia terpaksa ditunda kerana akur kepada tekanan rakyat.

Menurut sumber daripada media, Model Ekonomi Baru yang dikemukakan Najib mungkin meniru model subsidi di Indonesia, iaitumemansuhkan subsidi secara beransur-ansur. Maka, dana yang digunakan untuk subsidi akan diagihkan kepada perbelanjaan awam, misalnya subdisi beras untuk keluarga miskin, dana bantuan secara tunai, tabung pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, cadangan untuk memansuhkan subsidi bahan api dijangka akan menerima bantahan pembangkang, dan mungkin juga tentangan daripada golongan menengah bawah, terutamanya golongan menengah yang tinggal di kawasan bandar. Jikalau GST dan pemansuhan subsidi dilaksanakan, maka kerajaan Najib akan berdepan dengan akibat kehilangan undi dalam pilihan raya kelak.
Tiada komitmen daripada pengusaha tempatan
Di samping itu, kerajaan juga gagal mendapat komitmen dan sokongan usahawan tempatan, ketika menggerakkan pembaharuan ekonomi. Misalnya, beliau cuba melakukan anjakan ekonomi dari rantai nilai (value chain) yang berorientansikan kos buruh rendah, kepada rantai nilai ekonomi berpendapatan tinggi.

Misalnya, sejak Perjanjian Perdaganan Bebas (FTA) China-Asean dilaksanakan pada 1 Januari tahun 2010, pengilang tempatan telah mengadu “pengaliran masuk produk China murahan secara besar-besaran”, yang mengakibatkan mereka terkapai-kapai untuk menyelamatkan diri. Malah, Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) menyeru agar kerajaan Malaysia meminta kerajaan China untuk mengehadkan eksportnya.

Isu ini sebenarnya mencerminkan sektor pembuatan tempatan masih berada di tahap penghasilan produk bernilai rendah, tapi jelas mereka sudah tidak memiliki kelebihan dalam persaingan. Pada masa yang sama, pengilang tempatan masih enggan berubah. Mereka lebih selesa dengan ekonomi rantai nilai rendah, mengharapkan perlindungan kerajaan, daripada membawa pembaharuan kepada perusahaan mereka.

Oleh kerana sektor pembuatan tempatan lebih bergantung kepada kos buruh yang rendah, lebih-lebih lagi pengilang tidak berminat untuk melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), maka mereka tetap kekal pada tahap ekonomi rendah. Maka setiap kali apabila berdepan dengan persaingan luar, mereka akan meminta kerajaan untuk melindungi mereka melalui subsidi.
Masalah struktur ekonomi
Pada dasarnya, apa yang disebut di atas adalah masalah struktur yang perlu ditangani segera. Namun, terdapat kumpulan berkepentingan tertentu yang berselindung di sebalik masalah struktur ini. Apa yang lebih merunsingkan Najib adalah, masalah ini bersangkut-paut antara satu sama lain, dan mustahil untuk ditangani hanya dengan rombakan secara selektif mahupun pembaikan sebahagiannya.

Misalnya, sekiranya kerajaan Najib ingin memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, maka dasar perlindungan terhadap sektor yang kehilangan daya saing perlu dimansuhkan, memberi laluan kepada proses penyingkiran mereka yang lemah dalam pasaran bebas.

Namun demikian, sektor ini melibatkan dasar afirmatif untuk bumiputera. Seandainya kerajaan tunduk kepada desakan pertubuhan yang membela hak dan kepentingan kaum Melayu, dan melaksanakan pembaharuan yang “double standard“, iaitu memansuhkan dasar perlindungan sementara mengamalkan dasar perlindungan terhadap kaum Melayu, maka transformasi ekonomi ini bakal berakhir dengan kegagalan.

Selain itu, untuk memastikan pembaharuan terlaksana dalam sektor labour intensive industries, maka kerajaan Najib perlu tegas dalam isu pengambilan pekerja asing. Antara langkahnya termasuklahmewajibkan had pengambilan pekerja asing (di semua bidang), malah mungkin perlu menjalankan operasi penangkapan pekerja asing secara besar-besaran di seluruh negara.

Sukar mencapai matlamat

Langkah sedemikian akan mendatangkan kesan negatif yang besar terhadap sektor pembinaan dan perladangan. Seandainya kerajaan tunduk kepada tekanan peladang dengan memberikan kelonggaran kepada mereka, maka ia bakal mengundang ketidakpuasan sektor pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan. Tidak mustahil kalau pengusaha sektor-sektor ini membawa masuk pekerja asing atas nama “perladangan”, yang pastinya akan mengundang masalah yang lebih besar.

Tapi, jikalau kerajaan Najib bertindak adil untuk semua sektor dalam isu mengehadkan pengambilan pekerja asing, maka kerajaan perlu memastikan buruh yang mencukupi disediakan untuk memenuhi pasaran. Isu ini melibatkan penetapan gaji minima, iaitu menarik pekerja tempatan dengan gaji yang lebih tinggi, untuk memenuhi kekosongan yang ditinggalkan pekerja asing.

Persoalan pertamanya, adakah pengusaha tempatan bersedia untuk menyokong sistem gaji minima? Keduanya, apakah pekerja tempatan menerima syarat yang dikenakan majikan tempatan, iaitu bekerja untuk tempoh yang panjang tanpa rungutan (syarat yang dikenakan ke atas pekerja asing sebelum ini)? Walaupun insentif diperuntukkan untuk pengusaha tempatan yang mengambil pekerja tempatan, tapi seandainya pekerja tempatan gagal memenuhi keperluan majikan (misalnya sikap bekerja), maka majikan tetap akan menolak pengambilan pekerja tempatan dengan pelbagai alasan.

2) 16/03/2010 - Model Ekonomi Baru (MEB) yang bakal dilancarkan akan mampu menjadi instrumen penting untuk merobohkan tembok perkauman dan perasan prasangka di antara kaum di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) berkata di bawah MEB, semua kaum akan mempunyai peranan dan peluang yang sama untuk menggilap potensi masing masing serta bersaing secara adil dalam sektor ekonomi. 
3) 17/03/2010 - Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan diumumkan tidak lama lagi perlu fokus pada strategi yang akan menjadikan negara ini berdaya saing pada peringkat serantau, global dan domestik, kata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

"Kita perlu melakukan liberalisasi strategik untuk berdaya saing. Pemboleh utamanya -- modal insan dan teknologi - perlu diperkukuhkan agar ia menjadi pemangkin bagi ekonomi baharu," katanya di dalam satu temubual terbitan 16 Mac Malaysian Business.

Katanya isu kemiskinan masih lagi berlaku dan penting bukan sahaja pada segi kemiskinan tegar malah MEB perlu menangani kemiskinan relatif yang kian meningkat. Daim berkata negara ini juga perlu menambah baik persekitaran pelaburannya di dalam perkara proses kelulusan, kewujudan pekerja mahir dan insentif yang berkesan untuk menarik pelaburan langsung asing dan pelaburan domestik. Katanya wujud keperluan untuk memudahkan prosedur pelaburan untuk memastikan kelulusan pelaburan diberi dengan segera.

"Promosi pelaburan perlu disasarkan dengan jelas dan satu proses kelulusan yang mudah bagi pekerja mahir asing perlu diwujudkan.

"Kita perlu tahu bahawa para pelabur mahu dan cuba memenuhi permintaan mereka dengan segera. Dunia kini berhadapan dunia yang saling bersaing," katanya.

Daim berkata 
ekonomi Malaysia kemungkinan berkembang melalui pemulihan ekonomi global tetapi pemulihan akan kekal lemah.
"Jika wang yang diperuntukkan bagi pakej rangsangan dibelanjakan dengan berhemah, keluaran dalam negara kasar [KDNK] akan berkembang sekitar 5.0 peratus pada 2010 disebabkan kesan perlahan dan kadar pertumbuhan itu kemungkinan berterusan pada 2011," katanya.

Katanya ringgit yang semakin kukuh perlu mencerminkan kekuatan fundamental ekonomi, kerana jika sebaliknya ia bukan satu keadaan yang mampan. Paras pertukaran ringgit tidak boleh dilihat pada segi daya saing harga eksport semata-mata malah sebagai mempunyai implikasi pada keseluruhan ekonomi, katanya.
Wallahua'lam. Semoga berguna dan bermanfaat, insya-Allah.

Rangsangan Ekonomi Kedua dalam Bajet Mini

bismillahirrahmanirrahim.assalamualaikum w.b.t..

tuan yang dipertua,bertindak selaku pengupdated blog bahagian ekonomi bagi minggu kedua bulan April..saya akan melaksanakan tugasan ini dengan sebaik mungkin.maaf,mungkin tercepat beberapa jam.

tajuk pilihan : Ransangan Ekonomi Kedua dalam Bajet Mini.

pengenalan: tarikh dibentang - 10 Mac 2009dibentang oleh - Menteri Kewangan , Datuk Seri Najib Tun Razaktempat dibentang - Dewan Parlimen
malumat terperinci - tertera di bawah sekali.

saya kira,4 teras utama yang telah ditetapkan harus benar-benar diberikan tumpuan sepenuhnya.mari kita lihat, sejauh manakah keberkesanan pakej ransangan ini terhadap 4 teras utama tersebut.

baiklah.mungkin itu sahaja yang ingin disampaikan.semoga entri ini bermanfaat buat semua.insyaAllah,andai saya punya waktu..saya akan ringkaskan tentang bajet mini ini seringkas-ringkasnya.maka,dengan ini.selesailah sudah amanah yang telah digalaskan.

sekian,selamat berjuang buat semua.wassalam.

::pendebat muda harapan negara::
berikut adalah maklumat terperinci tentang perkara ini.

teknologi hijau

Teknologi Hijau

Assalamualaikum wr. wbt.

USUL: TEKNOLOGI HIJAU MELESTARIKAN(MENGEKALKAN) ALAM SEKITAR

DEFINISI: TEKNOLOGI HIJAU

Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
● Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
● Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
● Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Teknologi hijau melestarikan alam sekitar terbahagi kpd 3 komponen penting:

1)Manfaat kepada pengguna.Pd hari ini kita dpt lihat apabila majunya teknologi hijau ini maka sedikit sebanyak dapat memberi kelebihan kpd pengguna dlm meningkatkan keselamatan penggunaan sesuatu teknologi khususnya dlm tenaga2 semulajadi seperti tenaga suria,air,angin,hidro dan sebagainya.Selain itu,teknologi hijau ini dpt memudahkan penggunaannya secara praktikal serta dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

2)Kesan kepada alam sekitar.Teknologi hijau ini mampu mengurangkan kegusaran peningkatan suhu bumi yang semakin meningkat, kesan daripada kegiatan manusia yang mementingkan diri sendiri,seperti aktiviti pembalakan dan penerokaan.Selain itu,teknologi ini juga dapat memelihara ekosistem dengan baik.Hal ini dapat dibuktikan lagi dengan kemajuan sesebuah negara seperti Amerika Syarikat yang dipimpin oleh Perdana Menteri Richard Nixon yang telah mengisytiharkan program Hari Bumi pada 22 April 1970.Tambahan lagi,teknologi hijau dapat mengekalkan alam sekitar kerana teknologi ini mesra alam dan tidak membawa kemusnahan walaupun untuk menghasilkan sesuatu tenaga daripadanya mencecah hampir berbillion ringgit.

3)Pemangkin kehidupan lestari.Apabila wujudnya teknologi hijau ini kehidupan pengguna akan bertambah lebih baik dengan tidak menggunakan peralatan yang canggih yang mampu mencemarkan alam sekitar.Selain,dapat menyemarakkan budaya cintakan alam sekitar yang telah diistiharkan oleh Bangsa Bangsa Bersatu(PBB) iaitu setiap 5 Jun adalah Hari Alam Sekitar Dunia semenjak 1972 dan program Earth Hour yang telah dilancarkan oleh World Wildlife Fund bagi mengurangkan peningkatan suhu bumi.Tambahan lagi,Negara Negara Komanwel pada tahun 1989 telah mengiktiraf 21 Oktober sebagai Hari Alam Sekitar Negara sempena Deklarasi Langkawi mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan.Hal ini juga dapat mengurangkan pembaziran kuasa tenaga yang kini makin meningkat sepanjang masa.

hubungan Israel - AS

HUBUNGAN ISRAEL - AMERIKA SYARIKAT.

Sekadar ringkasan daripada apa yang didapati :
Sebelum bermula , ini asal-usulnya
= Hubungan dua hala ini telah berkembang dari polisi bersimpati dengan nasib Yahudi dan sokongan untuk penubuhan satu negara Yahudi pada tahun 1948 :
ok,
Pertama , daripada segi : EKONOMI 
++ Sejak tahun 1970-an, Israel telah menjadi salah satu penerima teratas bantuan luar Amerika Syarikat. Pada 2004, penerima kedua teratas bagi bantuan ekonomi daripada Amerika Syarikat adalah Israel, iaitu selepas Iraq. Dari segi per kapita, nilai kepada Israel diletak pada kedudukan pertama.

  • Hubungan ekonomi penting dijalankan antara A.S. dan Israel dengantermeterainya Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), iaitu FTA pertama yang pernah ditandatangani oleh Amerika Syarikat. Pada 20 tahun lamanya FTA membenarkan perdagangan dua hala yang berkembang pesat. Israel menjadi negara dagangan antara terbesar dengan A.S. di Timur Tengah dan eksport utama Israel adalah ke Amerika Syarikat. Ekonomi-ekonomi Israel dan Amerika berpandukan kebebasan pasaran, kompetitifan, sokongan liberalisasi perdagangan antarabangsa dan sistem pertukaran multilateral. Terdapat dialog yang sentiasa diadakan oleh kerajaan Israel dan Amerika Syarikat untuk mengeratkan lagi hubungan perdagangan yang penting ini
++ Bagi membantu Israel daripada kemerosotan ekonominya, A.S telah menyediakan AS$9 bilion dalam bentuk jaminan-jaminan pinjaman selama tiga tahun, penggunaan pendekatan ini dilanjutkan sehingga 2008. Setakat bulan Julai 2005, Israel tidak menggunakan AS$4.9 bilion jaminan-jaminan ini.
Kedua , KETENTERAAN
++Pada 2007, Amerika Syarikat telah meningkatkan bantuan ketenteraan kepada Israel lebih daripada 25% kepada purata AS$3 bilion setahun bagi tempoh selama 10 tahun, dan menamatkan bantuan ekonomi.
++ Oh, dan ana ada terbaca satu kenyataan akhbar (LAMA) berbunyi begini ;
AS tambah bantuan kepada ISRAEL
Isnin, 06/08/07 -
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert berkata, Amerika Syarikat bersetuju untuk menambah bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 25% setahun, menjadikannya 30 bilion dolar dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Olmert berkata ketika memulakan mesyuarat kabinet Israel bahawa Presiden Amerika, George Bush telah memberikannya jaminan dalam pertemuan mereka (pada 19 haribulan pada bulan lepas) bagi mengekalkan kecemerlangan kita dari negara-negara lain (di rantau itu) sambil menyifatkan penambahan itu sebagai elemen penting bagi keamanan di Israel.

Amerika Syarikat sekarang ini menyalurkan 2.4 bilion dolar bagi bantuan ketenteraan dan akan menambah lagi menjadi tiga billion dolar.

Olmert berkata, perkara itu ada kaitan dengan minat Amerika untuk membantu negara-negara Arab yang bersederhana yang memberi sokongan kepada Amerika dan Israel dalam persaingannya menentang Iran.

Angka itu adalah sama dengan apa yang dinyatakan oleh akhbar New York Times yang mengatakan bahawa pertambahan itu ada kaitan dengan rancangan Amerika untuk menjual senjata berharga 20 bilion dolar kepada Arab Saudi serta negara-negara Teluk sepanjang 10 tahun.

++ Akhbar-akhbar Israel telah melaporkan bahawa Israel sedang memohon kira-kira AS$2.25 bilion bantuan khas dalam bentuk gabungan jaminan geran dan pinjaman selama empat tahun, dengan satu per tiga akan digunakan bagi menempatkan semula pangkalan-pangkalan tentera dari Semenanjung Gaza ke Israel dalam rancangan pengunduran daripada Genting Gaza dan selebihnya bagi membangunkan kawasan Negev dan Galilee, Israel dan untuk kegunaan lain-lain.
++Bantuan ketenteraan Amerika kepada Israel datang dalam bentuk-bentuk berbeza ia termasuk geran, peruntukan projek khas dan pinjaman. Kira-kira 75% daripada bantuan ini dibelanjakan di Amerika Syarikat, menyediakan pekerjaan bagi rakyat Amerika, menjana industri pertahanan dan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat.
++Satu aspek hubungan strategik A.S. - Israel adalah pembangunan bersamaprogram peluru berpandu anti balistik Arrow. Direka bagi memintas dan memusnahkan peluru berpandu yang balistik, Arrow merupakan sistem pertahanan peluru berpandu paling maju di dunia. Pembangunan itu dibiayai oleh kedua-dua Israel dan Amerika Syarikat. Arrow bukan sahaja melindungi Israel, ia telah juga menyediakan A.S, penyelidikan dan pengalaman yang perlu bagi membangunkan sistem persenjataan pertahanan tambahan.
Ketiga ; KESELAMATAN DALAM NEGERI
Ok, kita lihat dulu =
  • Pada peringkat persekutuan, negeri dan tempatan terdapat kerjasama erat Amerika Syarikat dan Israel berkenaan Keselamatan Dalam Negeri. Israel adalah antara negara-negara pertama yang berkerjasama dengan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S.dalam membuat inisiatif baru untuk mengembangkan keselamatan dalam negeri. Dalam rangka kerja ini, terdapat banyak bidang kerjasama, termasuk kesediaan dan perlindungan permusafiran dan perdagangan. Pegawai-pegawai penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan dalam negeri Amerika dan Israel lazimnya berjumpa di dua-dua negara untuk teknik menentang keganasan dan idea-idea baru mengenai perisikan dan pencegahan ancaman.
Fakta KES? =)
Pada Disember 2005, Amerika Syarikat dan Israel menandatangani perjanjian untuk memulakan tindakan mendapat tahu perihal penyeludupan nuklear dan bahan-bahan radioaktif lain dengan memasang peralatan khas di Haifa, perlabuhan Israel yang paling maju aktivitinya. Percubaan ini adalah sebahagian daripada program ketidakproliferasi A.S. Pentadbiran Keselamatan Nuklear Nasional Jabatan Tenaga A.S. yang berkerjasama dengan rakan-rakan asingnya untuk mengenalpasti, mencegah dan mengetahui aktiviti penyeludupan dalam bahan-bahan radioaktif dan nuklear.
Mungkin, cukup dulu untuk setakat ini. Moga bermanfaat walaupun sedikit. Buat individu yang membaca , Jazakallahukhayrankathira. Moga diperbetulkan/ditegur andai ada informasi yang terkhilaf. Sekian.
Mohon usul diterima. Sumber ; wikipedia dan sebagainya.
-pendebatpertama-

Friday, 4 November 2011

Seksualiti Merdeka 2011

Seksualiti Merdeka 2011 dengan slogan "Queer Without Feer" dianjurkan oleh Majlis Peguam Negara mulai 1-13 November 2011 di Annexe Gallery.Ia merupakan acara tahunan sejak 2008, dijayakan oleh artis, aktivis dan pertubuhan bukan kerajaan.Antara acaranya ialah forum, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan.[1]
Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan janjinya ketika berada di Australia . Najib menulis dalam akhbar Sydney Morning Herald pada 27 Oktober 2011 tentang Malaysia negara demokrasi yang progresif dan bukannya penindas pelarian dan pencari suaka dan sepatutnya juga melindungi minoriti seksualiti.
Mereka menuntut pengiktirafan kerajaan dan masyarakat Malaysia kepada golongan lesbiangaybiseksual dan transgender (LGBT), bukan sahaja mengakibatkan diskriminasi bentuk baru atas nama hak asasi manusia.[2]

[sunting]Bantahan

Banyak pihak dari NGO Islam membantah penganjuran fiesta ini. Pada 2 Nov 2011, setiausaha Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN), Dr Mohd Roslan Mohd Nor membuat laporan polis di di Balai Polis PantaiKuala Lumpur. Tindakan penganjur, penaja dan penyokong hendak menjayakan "agenda gerakan homoseksual" di Malaysia sejak 2008 sebagai biadap.ACCIN dianggotai 17 NGO Islam termasuk Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al-HidayahDarul Fitrah, MACMA, IIS, MUAFAKAT, ISMA, AL-Hunafa, IMAN, Jam'iyah, Darusshifa, WAMY, GEPIMA dan PERKIM. Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan hendaklah menyatakan pendirian tegas membantah LGBT.
LGBT sengaja mencerca syariah, perundangan Malaysia, asas moral dan kesucian semua agama, serta boleh mengancam ketenteraman dan kemanan negara. [3]
Mereka mencabar kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan. Apabila Islam sebagai agama persekutuan, ia melibatkan Yang di-Pertuan Agong.
Artikel 25 Deklarasi Kaherah Mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam.
Artikel tersebut - yang dipersetujui oleh semua negara Islam - menyatakan setiap polisi yang hendak dijalankan mestilah tidak bercanggah dengan prinsip Syariah.
Pada 2 November 2011, Irwan Fahmi Ideris dari sayap pemuda WiraPerkasa mahu Ketua Polis Negara menghentikan acara tersebut.Mereka mendesak Tan Sri Ismail Omar bertindak terhadap Datuk Ambiga Sreenevasan selaku Presiden Majlis Peguam yang akan melancarkan program tersebut.[4]
Pada 29 Oktober 2011, Setiausaha Agung Mapim ,cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid menggesa Persatuan Kesedaran Komuniti tidak membincangkan LGBT di khalayak ramai.Kertas kerja bertajuk “Cedaw in Defending the Human Rights of Lesbians, Bisexual Women and Transgenders in Malaysia” akan dibentangkan Angela Kuga Thas manakala “A Cedaw Approach to Family Law in Advancing Equality and Non Discrimination” oleh Lalitha Menon. Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Cedaw) yang telah diratifikasikan/ diterima pakai oleh Malaysia pada 1995. Sejak 1995 Malaysia telah bersetuju tentang isu keganasan dihadapi wanita dalam bidang tenaga kerja, pelarian wanita dan bukan warganegara, orientasi seksual dan identiti jantina dan undang-undang keluarga di Malaysia.[5]
Kelompok sekular Barat dan golongan liberal menjadi hamba kepada agenda asing dan ingin menjadikan masyarakat di negara seperti Malaysia sama dengan budaya hidup Barat. Mohd Azmi Abdul Hamid merupakan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan pengerusi bersama Himpunan Sejuta Umat(Himpun).[6] Naib Pengerusi Suhakam, Prof Khaw Lake Tee menjemput Mapim turut serta dalam diskusi meja bulat itu. [7] Pengarah Eksekutif Empower Maria Chin Abdullah kecewa dengan Azmi dan menyifatkan beliau sebagai tidak matang, tidak rasional dan tidak toleransi.
-wikipedia-