Monday 19 December 2011

Isu pasport Thaksin: Parti Demokrat ancam kemuka saman

BANGKOK: Parti Demokratik mengancam untuk memfailkan saman dan membuat laporan kepada Suruhanjaya Anti-Rasuah Kebangsaan terhadap mereka yang terbabit mengeluarkan pasport kepada bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Jurucakap parti itu, Chavanond Intarakomalyasut semalam menuduh Menteri Luar, Surapong Tovichakchaikul melanggar peraturan kementeriannya dan mengeksploitasi undang-undang negara semata-mata untuk Thaksin. Chavanond yang menjadi setiausaha kepada menteri luar dalam pentadbiran Abhisit Vejjajiva turut menuduh Surapong menipu rakyat. Beliau berkata, jurucakap Kementerian Luar, Thani Thongpakdi memberitahu kementerian sudah meluluskan pengeluaran pasport untuk Thaksin pada 26 Oktober lalu, sehari selepas bekas perdana menteri itu membuat permohonan di pejabat Kedutaan Thailand di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.

Surapong mengakui Jumaat lalu bahawa pasport Thaksin sah sejak 26 Okotober.
Chavanond berkata, hal itu bercanggah dengan kenyataan Surapong pada 2 Disember lalu bahawa kementeriannya masih menimbangkan untuk memulangkan pasport Thaksin.

Parti Demokrat akan merujuk undang-undang bersesuaian sebelum memfailkan kes jenayah mengenai isu itu. Beliau menyeru pegawai Kementerian Luar supaya mendedahkan kebenaran mengenai isu pengeluaran pasport Thaksin, termasuk sama ada bekas perdana menteri itu ada membuat permohonan pasport pada 25 Oktober lalu.

Rakyat mahu tahu sama ada Thaksin, Surapong atau Noppadon yang menipu.

No comments:

Post a Comment