Saturday 15 December 2012

REAKSI PBB TERHADAP SERANGAN ISRAEL



Usaha bincang isu serangan Israel dapat reaksi positif PBB

Cetak Emel Kawan
PUTRAJAYA: Usaha Malaysia supaya diadakan Sidang Khas Tergempar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), membahaskan isu serangan Israel ke atas konvoi kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin, bulan lalu serta serangan rejim terhadap Palestin, mendapat reaksi positif daripada negara anggota.

Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay, berkata Malaysia kini mengetuai usaha untuk mendapatkan sokongan supaya Sidang Khas Tergempar itu dapat diadakan.
Katanya, Kerajaan Malaysia menerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah mengutus surat kepada Presiden Perhimpunan Agung PBB, Presiden dan Setiausaha Agung Majlis Keselamatan PBB; Pengerusi Pergerakan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pengerusi Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) untuk mendapatkan sokongan menganjur-kan sidang khas berkenaan.


“Kementerian Luar juga sudah mengarahkan Wakil Tetap Malaysia ke PBB di New York mendapatkan kerjasama dan sokongan wakil tetap negara sependapat khususnya negara anggota NAM, OIC dan Liga Arab bagi penganjuran sidang khas tergempar itu.

“Satu draf resolusi juga dirangka untuk dibentangkan pada sidang khas tergempar itu yang antara lain menuntut supaya Israel segera menghentikan kepungan atau sekatan ke atas Gaza selaras dengan Resolusi 1860 Majlis Keselamatan PBB, meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberi Advisory Opinion mengenai serangan Israel ke atas Freedom Flotilla dan menuntut segera diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa yang bebas di bawah PBB untuk menyiasat secara menyeluruh serangan Israel,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perkongsian Pengalaman Bersama Sukarelawan Malaysia ke Gaza di Wisma Putra, semalam. 




BY : doo joon junior :)

No comments:

Post a Comment