Wednesday 23 November 2011

politik ; pakistan n malaysia

 


Bismillahirrahmanirrahim

Pakistan, Malaysia saling bekerjasama

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Malaysia dan Pakistan boleh bekerjasama untuk meraih bahagian pasaran halal dunia yang lebih besar, kata Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Perdagangan Pakistan, Syed Mohibullah Shah, hari ini.
Kelebihan utama Malaysia adalah kepakarannya dalam teknologi dan pensijilan makanan halal manakala Pakistan boleh menyumbang dari segi bahan mentah seperti daging, susu, ternakan ayam dan itik serta bijirin makanan, katanya dalam mesej yang difakskan dari Karachi.
Beliau berkata, pasaran makanan halal dunia dianggar bernilai AS$632 bilion (RM2.21 trilion) dan berkembang pada kadar tahunan 20 peratus berikutan kemajuan pesat di kalangan negara Islam.
Menurutnya, ketika ini, 85 peratus daripada makanan halal dikeluarkan oleh bukan Islam," justeru itu Pakistan berpendapat ia perlu bekerjasama dengan Malaysia untuk meneroka pasaran secara besar-besaran bagi mendapat bahagian yang sewajarnya".
Syed Mohibullah berkata, Pakistan akan menganjurkan Ekspo dan Kongres Halal Global tahun depan dan berharap Malaysia akan menyokong sepenuhnya acara itu. - Bernama

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment